3:07 AM

Blog Ini Berehat Sebentar


Harap maaf kerana membiarkan blog ini tanpa berita. Walaupun nisbah aku menggunakan internet tetap sama, tapi masa utk update blog tetap tak der. Aku ada 2 minggu sebelum exam. Bermacam2 projek perlu disiapkan, ditambah dengan majlis besar-besaran jpam yg akan berlangsung sabtu nie, assignment yg memerlukan aku menyiapkan satu soalan final dalam masa 4 jam(aku jer lar), dan banyak lagi membuatkan aku hilang selera untuk menulis. Tunggu waktu exam nanti kot. Hehe. Apa-apa pun blog ini diisyhtiharkan berehat sekejap. Akan kembali aktif bila aku dah tak sibuk. Doakan kejayaan aku dan semua pembaca anjung sazuwi. Ameen.

12:31 PM

F1 1Malaysia: Kita Bergerak Selangkah Kehadapan





Salam. Barangkali apabila post ini tajuknyer dibacer oleh orang, mereka akan ingat aku menyokong projek ini 100%. Tak sebenarnyer. Aku masih menyokong tapi masih meletakkan 30% bagi keraguan aku untuk preojek ini tambah-tambah lagi dari segi kewangan.

Aku yakin setiap orang ada pendapat sendirik. Tambah2 lagi yg tak sebulu dengan kerajaan semasa. Aku tau itu. Bukan setakat isu-isu ini jelas utk diperbahaskan dan aku raser tak perlu nak dibahaskan. Pro dan kontra kiter tak dapat lihat sekarang. Lihatlah pada masa depan. Baru kiter tau projek ini baik atau tidak.

Aku bukannyer nak wat komen2 panas. Tapi hanya berasa bangga apabila beberapa pembangunan ke arah ini dah bermula. Dengan sumber kewangan yg diperkatakan dari terbitan bon dan sokongan syarikat swasta. Jadik aku raser tiada istilah "taxpayers" kat sini.

Buat pengetahuan semua kita bakal mempunyai sebuah team F1 yang dinamakan 1Malaysia yang bakal beraksi pada tahun depan. Pada mulanya kiter masih tak der port utk team nie, wat sementara kiter lepak kat UK dulu. Kat maner tempat dier aku pun tak ingat. Malas plak nak google. Hehe.

Kiter bakal ader tempat sebegitu rupa dalam beberapa tahun nie. Nama dier tak silap aku Pusat Kecemerlangan F1 rasernyer. Yang paling aku kagum, kiter bakal mempunyai terowong angin pertama yg dibuat diluar eropah.

Takat nie jer lah aku citer pasal F1 nie. Selebihnyer korang google ar sendirik yek. Takkan aku nak citer sumer. Sebab bkan projek aku pon. Hehe.

Cumer aku amat berharap, F1 ini satu projek yg berterusan dan berjaya dijalankan. Aku nak lihat anak bangsa kita dapat rasa sumer nie kat dalam negara kita jer. Macam juga teknologi angkasa, kiter bermula dengan menghantar angkasawan, dan seterusnyer insyaAllah kiter akan punya lapangan utk menghantar kapal angkasa dalam malaysia sendirik. Kiter bakal memperolehi tenaga nuklear, kiter telah mengusulkan, dan sekarang dalam proses, dan akan datang bagi pelajar2 dalam bidang ini mereka mempunyai peluang cerah utk melihat teknologi ini di dalam negara kita.

Adakah perlu kite pergi ke luar negara utk melihat perkara-perkara kat atas tue? Dah ader kat negara sendirik, kan dah senang.

Atas sebab inilah aku cuber berfikiran positif, tapi aku tak pasti kalau dimasukkan part2 kenaper bajet yg ader tidak disalurkan utk orang miskin dan sebagainyer. Aku tak tau nak jawab. Bukan aku pegang duit rakyat. Kiter tak tau aper yg jadik kat pejabat bendahari negara. Takkan kiter nak reka citer.

Aku sempat melawat blog-blog melalui google yg menceritakan pasal F1 nie. Ader yg menyokong, ader yg mengajak utk discuss, dan ader yg menentang bulat-bulat. Terserah anda. Kita tunggu dan lihat adalah projek nie berjalan dengan lancar. InsyaAllah.

p/s: Nak nak tukat minat beralih ke F1, abes ar duet nak pegi Sepang Circuit..

3:50 PM

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1430


Lagi satu hari jer tak termasuk hari nie kiter akan menyambut hari raya. Bulan puasa pun akan tamat time tue. Sumer orang seronok biler hari raya. Baju baru, kasut baru, sumer baru ar leh dikaterkan.

Tapi aku belum beli item2 yg baru lagi. Terasa macam malas nak pegi beli. Sebab nak kener carik maner yg suit ngan diri, pastue nak kener pegi bayar, pastue nak carry balik. Hehe. Aper daa. Mender nie pun leh jadik masalah. Karang aku pegi ar membeli belah jap. Simple2 jer.

Aku cumer nak amik kesempatan kat sini utk mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin kat semua kawan-kawan dan terutama sekali rangkaian pembaca-pembaca blog ini. Jika ada yg korang tak puas hati, terasa hati, rasa marah sebab kandungan blog nie aku minta maaf. Segala penulisan aku adalah dari aku sendirik dan aku redha jika ada masalah disebalik ini.

Aku juga memohon maaf secara peribadi kepada mana-mana individu sama ada rapat atau tidak jika ada masalah dan kesalahan yang tampak atau tidak, harap sudi dilupuskan. InsyaAllah. Kadang-kadang salah dan silap kiter tak sedar, dan kalau ada pun kadang-kadang seakan terpaksa dilakukan, apa-apa harap dimaafkan. Aku juga manusia, manusia yang lemah...

Akhir kata, aku pun tak tau nak cakap aper, berhati-hati dijalan raya, raya tue raya gak, tapi ingat-ingatlah yg tiada. Wassalam..

12:23 AM

Kita Serumpun, Kenapa Perlu Bermusuh?



JAKARTA 8 Sept. — Jabatan Penuntut Malaysia di sini hari ini menasihati semua pelajar Malaysia di seluruh Indonesia supaya sentiasa berhati-hati memandangkan kebencian segelintir rakyat negara itu yang semakin memuncak berikutan penyebaran pelbagai fitnah oleh media massanya kebelakangan ini.

Jabatan itu telah menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) bagi menasihati semua pelajar Malaysia di sini khasnya agar jangan sekali-kali melalui Jalan Diponegoro bagi mengelak kejadian yang tidak diingini.
Kebencian mereka itu memuncak kepada tahap yang serius dan menakutkan berikutan media tempatan baru-baru ini menyiarkan berita dan visual lebih 360 sukarelawan ilmu kebal yang dilaporkan sudah mendaftar dan bersedia untuk mengganyang Malaysia.

Kebencian mereka itu memuncak lagi apabila hari ini terdapat sekumpulan orang yang menggelar diri mereka sebagai Benteng Demokrasi Rakyat (BENDERA) mula bertindak liar dengan mengugut rakyat Malaysia dengan buluh runcing di Jalan Diponegoro.

Dilaporkan bahawa 50 anggota BENDERA yang bersenjatakan buluh runcing (buluh yang ditajamkan hujungnya) memaksa orang ramai yang melalui jalan itu menunjukkan tanda pengenalan mereka dan jika kebetulannya orang berkenaan seorang rakyat Malaysia maka orang itu akan terus ditahan.

Tindakan mereka mengambil undang-undang di tangan sendiri dilaporkan media massa online tempatan termasuk detikcom.

Sebelum ini pernah rumah kediaman yang disewa pelajar Malaysia di Universiti Gadjah Mada, Yogyakarta dibaling telur busuk oleh kumpulan yang berdemonstrasi terdiri daripada sekumpulan mahasiswa tempatan kerana marahkan Malaysia yang difitnah sebagai mencuri tarian Pendet yang berasal dari Bali.
Berikutan isu itu yang terus diapi-apikan media massa tempatan dan dikaitkan pula dengan isu-isu lampau yang diungkit semula, beberapa kumpulan rakyat Indonesia juga berdemonstrasi di depan Kedutaan Besar Malaysia di sini.

Walaupun penafian telah dibuat bahawa Malaysia tidak pernah “mencuri” tarian itu untuk iklan video klip promosi pelancongan negara yang sebenarnya dibuat sebuah syarikat swasta yang berpejabat di Singapura, namun hakikat itu “jatuh ke telinga yang tuli dan mata yang buta”. Anehnya, sebuah stesen TV yang baru saja menyiarkan program dialog di mana seorang pegawai tinggi Kementerian Luar Indonesia memberikan penjelasan bahawa Malaysia tidak pernah mengakui Pendet sebagai tarian berasal dari Malaysia, namun stesen TV yang sama juga kemudian mengulangi lagi tuduhan yang serupa.
Laman web okezone pula melaporkan bahawa anggota BENDERA ada memeriksa lebih daripada 100 orang.
Bagaimanapun, detikcom melaporkan bahawa tiada seorang pun rakyat Malaysia yang kebetulan melalui jalan itu dan tindakan yang dikatakan akan dilakukan selama sejam, berakhir hanya selepas setengah jam.
— BERNAMA

Bicara Penulis


Aku raser sedih biler artikel ini dikeluarkan tak sampai 4 jam pun. Sampai begitu sekali benci yg ader kat kiter sampai perkara sebegini boleh jadik. Aku tak suker dengan peperangan. Hanya kerana dendam lama, generasi2 sekarang musnah disebabkan ini. Hanya kerana hasad dengki, kiter bermusuh.
Aku memohon kiter semua bersatu dibawah panji-panji serumpun. Memohon kepada saper2 dari kedua2 pihak tidak lagi mengapi-apikan keadaan nie.
p/s: Terasa marah gak biler jalur gemilang dibakar...

2:31 PM

Senyum Kambing


Sekadar Perkongsian.