Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010

26 Mac 2010


Alhamdulillah, setelah aku mengalami masalah utk membuat keputusan, akhirnyer keputusan dibuat jua. Aku bergegas ke PWTC pagi tadi. Hehe. Aku akhirnyer membuat keputusan utk pergi ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 (PBAKL) yang sedang berlangsung di PWTC.

Kali nie motor aku parking kat stesen bas jer. Aku naik bas, dan naik LRT utk ker PWTC. Serik aku kalau aku tersesat lagi dalam KL. Hehe. Aku nak kejar masa supaya tepat kol 1 aku dah sampai balik seremban. Lagipun PWTC berada dalam lingkungan kemudahan LRT. Dari aku penat2 naik motor, baik aku naik pengangkutan awam. Duit tue mmg kuar lebih sket ar, tapi elak dari sesat dan penat. Hehe.

Ini merupakan kali pertama aku pergi ke Pesta Buku nie. Baper banyak pesta daa. Ari tue pergi pesta, nie pesta lagi. Yang penting aku bukan pergi pesta yang bukan-bukan. Aper yg aku boleh cakapkan, ini ar syurga buku yg boleh aku gambarkan.

Korang cakap ar buku aper. Sumer ader. Buku 555 tue aku tak taue, kot leh cuber request. Hehe. Dah lamer aku simpan niat nak pergi Pesta Buku nie. Tapi tiap kali berlangsung, aku berada kat tempat jauh. Kali nie perjalanan yg tak sampai sejam pun.

Pesta buku nie merupakan acara tahunan. Utk tahun nie ada 5 hall yang digunakan. Semua padat dengan kedai2 dan penerbit. Dan yang paling menarik design booth mereka memang kreatif. Tiap kali masuk penerbit lain, pasti korang akan rasa korang masuk kedai lain. Aper aku cakap daa. Pandai2 korang ar pikirkan. Hehe.

Harga buku memang harga yang jarang didapati dalam mana2 acara. Aku tak beli apa2 utk aku, tapi hanya aku beli utk adik aku, buku latihan darjah 2, dalam ader 4 set subjek, promosi dari RM18.00 dijual dengan harga RM5. Aku terus angkat ar. Klu korang jenguk Karangkraf lak, yang mengambil satu hall utk diorang, memang terbaik.

Dah macam library pun ader gak aku tengok. Kat belah tepi ada writer novel yang tengah lepak2. Jadik klu nak mintak autograph leh jer. Tapi tadi, penulis yg aku nak carik tak der. Esok kot ader. Korang jugak boleh dapatkan majalah2 beberapa bulan lepas dengan harga lebih murah.

Majalah ujang, gila-gila pun ader. Tapi booth ikut penerbit masing2 ar. Gempak dan lain2 pun ader. Aper yg aku nak cakap, dan tak tercakap sumer ader lah senang citer.

Sayang sekali, aku datang hanya memasang mata. Aku tak der bajet nak beli/borong buku nie. Aku nampak ader orang siap bawak beg beroda ngan troli skali. Dasat. Cam pegi pasar pun ader gak.

Jika korang bukan pembaca tegar, tak mustahil klu korang akan jugak tertarik dengan mana2 bahan bacaan kat dalam pameran nie. Ader banyak gak buku-buku yang aku sendirik tak pernah nampak. Terutama sekali bacaan mengenai Islamik. Memang susah nak nampak kat luar sebab yg monopoli kedai buku adalah orang bukan Islam. Kalau ada pun, bahan bacaan tue mesti best seller. Kadang2 best seller bukan lah yang terbaik utk dibaca.

Sesiapa yg tak sempat nak pergi, hari ini(sabtu) dan esok(ahad) merupakan hari terakhir. Takat nak jalan2 tengok2 pun bleh jugak. Simpan duit utk borong tahun depan. Hehe.

Paling spesial kat dalam Book fair nie aku raser adalah booth KDN yang mempamer bahan bacaan yang diharamkan penerbitannya, dalam ada beberapa naskhah Al-Quran yang mempunyai kesalahan dari susunan muka surat dan ayat dalamnya. Lamer gak aku lepak situ.

Apa-apa pun, utk maklumat tambahan seperti senarai booth, pelan, dan sebagainya boleh ar layari ke laman rasmi PBAKL nie. Klik sini.

p/s: Frankfurt Book fair dikatakan terbesar di dunia. Aku tak leh bayangkan besar dier camner. 2 hari round tak habis agaknyer.

Anda dijemput untuk melayari laman-laman di bawah. Laman-laman ini merupakan pautan dari laman perkongsian artikel Apesal.com. Semoga dapat menambahkan pembacaan anda.

6 ulasan:

Aanis Kamaruzaman berkata...

"Aku nampak ader orang siap bawak beg beroda ngan troli skali. Dasat. Cam pegi pasar pun ader gak."

adakah yg mmbawa troli tu seorang gadis, cantik, n make-up2?

sAzUwI berkata...

adakah ko cube menyatakan aku sedang melihat beberapa peramugari yg sedang menunnggu flightnyer? hehe..

soalan berbalas soalan..=p

Aanis Kamaruzaman berkata...

owh... tidak~
tidak t'lintas difikiranku seorng pramugari...
Dia tidaklah setinggi dan seslim sprt pramugari.. mungkin dia hanya seorang kuli yg cbuk mengambil katalog2 di setiap booth2 penerbit...

adakah benar dialah orangnya?

sAzUwI berkata...

"kalau begitu, anda silap sebenarnyer..
hanya seorang perempuan berusia pertengahan abad, yg hanya mendambakan buku sepanjang hidupnya.."

aper daa..

Aanis Kamaruzaman berkata...

ye ke? hadoi~~~~~

sAzUwI berkata...

hehe..ape kes nie anis..

Catat Ulasan

Komen anda sangat bermakna. Elakkan komen menggunakan Anonymous. Anda bebas memberi komen walaupun dengan nama samaran. Terima Kasih.

Copyright © 2010 Anjung Sazuwi | Free Blogger Templates by Splashy Templates | Layout by Atomic Website Templates