Debaran Piala Thomas & Uber

14 Mei 2010

Datuk Lee Chong Wei
Salam. Sebenarnyer Kejohananan Piala Thomas & Uber nie, aku terlambat sikit utk follow up. Biler aku bukak jer paper, aku lebih tertumpu kepada hal-hal yg bukan sukan. Aku nie bukan lah fanatik sukan. Tapi bila ada sukan yg menampakkan Malaysia sebagai pasukan utama, maka aku akan cuba untuk follow.

Dua hari lepas, aku sempat menonton perlawanan beregu negara dengan pasukan beregu Denmark. Itupun tertengok kat TV9. Aku dijadualkan sepatutnyer tengok rancangan peberet aku kat TV9 pada  jam 9.30 malam iaitu  Gerak PGM(Polis Gerakan Marin). Tapi tengok2 dah kener tunda ker 10.30pm digantikan dengan siaran langsung perlawanan badminton. Tengok jer lar.

Masa tue perlawanan baru set pertama. Agak sengit. Kejap Malaysia di depan, kejap Denmark di depan. Kejap kamera fokus ke team penyokong Denmark, kejap kamera fokus ke team penyokong Malaysia yg penuh satu dewan.

Debarnyer aku dapat raser. Entah naper badminton lebih berdebar dari bola sepak. Sebab korang bayangkan  sekali smash, kelajuan bulu tangkis atau shuttle hampir menyamai kelajuan kereta lumba F1. Tahukah anda? Hehe. Ader kat iklan streamyx. Denmark bukan calang2 team sebenarnyer. Akhirnyer beregu malaysia tumpas di set terakhir. Menjadikan Denmark seri dengan Malaysia. Nasib baik ar Hafiz Hashim menyelamatkan negara dalam perseorangan.

Ader dalam sebulan lagi Piala Dunia Bola Sepak yg berlangsung di Afrika Selatan. Aku sebenarnyer tak der idea nak citer aper lagi pasal Piala Thomas nie. Hehe.

Piala Uber telah menemui jalan buntu. Harapan kita hanya ada pada Piala Thomas. Hari nie Malaysia akan menentang China. Sebuah pasukan yg agak besar dan kuat dalam dunia badminton. Pasti agak sengit. Aku nak rasernyer pegi tengok live. Tapi rasernyer cam nak pegi Sambutan Hari Belia. Entah. Tengok lar.

Teruskan menyokong.

Anda dijemput untuk melayari laman-laman di bawah. Laman-laman ini merupakan pautan dari laman perkongsian artikel Apesal.com. Semoga dapat menambahkan pembacaan anda.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Komen anda sangat bermakna. Elakkan komen menggunakan Anonymous. Anda bebas memberi komen walaupun dengan nama samaran. Terima Kasih.

Copyright © 2010 Anjung Sazuwi | Free Blogger Templates by Splashy Templates | Layout by Atomic Website Templates