Tutorial: Astro Smart Card Deactivate

06 Jun 2010


Astro Smart Card Deactivated
Astro Smart Card Deactivate
Kad Pintar Astro Tidak Aktif

Kali nie sekali lagi aku akan berkongsi tutorial mengenai tatacara penggunaan Astro. Sebelum nie aku pernah post mengenai tutorial Astro, dan agak hits menjadi salah satu pencarian di google, secara tidak langsung menyumbang kepada pagerank aku. Hehe.

Kali nie juga aku ingin berkongsi, bukan sebab aku baca maner-maner sumber, atau dengar dari orang lain, tapi adalah pengalaman sendirik. Jadik apa yg dikongsikan bukanlah tepat dan bergantung kepada masalah individu.

Klu korang tengok teks kaler merah kat atas tue, membawa pelbagai makna sebenarnyer. Aku buat tiga jenis ayat, sebab aku luper ayat tue camner. Untuk kes kali nie, klu korang nampak notis seperti di atas, maka bermakna korang nyer akaun telah di bar. Perhatian sekali lagi, kes ini mungkin berkaitan dengan sebab lain.

Awal bulan lepas, masa nak bukak TV, tiber2 nampak notis camnie. Skrin gelap, yg ader cumer label biru beserta mesej kat atas TV. Aku menggelabah gak. Kad rosak ker aper. Klu kad rosak, nak pegi astro lagi. Klu decoder rosak, aiseh, kener tukar baru ar. Tapi dapat ar merasa Byond. Hehe.

Sangkaan aku meleset selepas aku dah troubleshooting sendirik. Tarik kad, masuk kad, tiup2 sket, rapat2 kan wayar. Aku terus kol Astro di talian 1300 82 9888. Cam biaser ader awek jawab. Kadang2 lelaki jawab. Tapi Astro tau aku yg kol kot. Hehe.

Aku cakap ar kad aku tak aktif, terus dier mintak detail akaun sumer. Macam kes aku, akaun ayah aku punyer. Bil pun ayah aku pegang, tak tau letak maner. Jadik sebelum kol aku dah readykan IC nombor ngan nombor smart kad(ader kat belakang smart kad). Bual punyer bual, habis secawan teh tarik akhirnyer operator tersebut telah berjaya check masalah aku.

Akaun aku telah di bar. Sebab tak bayar. Padan muker. Heh. Time tue jugak ayah aku balik makan tengahari, dan aku terus tanyer, dah bayar ker belom, ayah aku ckp dah bayar 3 ari lepas. Aku ckp ar kat operator tue dah byr 3 ari lepas. Dier pun check lar.

Pastue siap tanyer bayar kat mana. Aku ckp bayar kat Pos Office. Lepas tue bru aku tau, yg bayar kat pos office nie amik masa 2 ari nak sampai. Jadik bayaran bil aku akan sampai setelah Astro bar aku nyer akaun. Aper daa. Lepas dah deal sumer, operator tue ckp dier boleh on kan balik klu kompem aku dah bayar. Aku ckp ar kompem. Dah dier ckp dier akan on kan dalam 3 jam, dan aku akan dikena penalti RM20 utk sambungan balik akaun. Huh.

Lepas tue dier tanyer aku, nak tanyer aper2 lagi tak? Aku tanyer method aper yg bleh bayar terus masuk, dier ckp ATM machine 24jam terus masuk. Settle. Aku letak telefon, bukak TV terus leh tengok. Peh. "Bagus" service diorang nie.

Jadik kesimpulannya:

1. Jika mendapat mesej seperti di atas, test2 tengok kad korang dulu, buat ader habuk ker, rapat2 kan wayar.

2. Tak der perubahan call jer Astro kat 1300 82 9888. Cakap masalah korang, pastikan korang ready dengan info akaun korang seperti No akaun Astro atau No IC Penama Akaun.

3. Kalau terlambat sangat bayar bil, elakkan bayar kat pejabat pos, 2 hari masa diambil, takut nanti dalam tempoh 2 hari tue Astro akan bar akaun korang, dan nak sambung balik kener bayar tambahan RM20. Tak ker nayer. Patut ar operator tue siap leh on kan balik aku nyer akaun, walaupun bayaran tak sampai lagi, sebab diorang tetap leh charge aku RM20. Bijak memang bijak. Win-win situation katerkan. Jadik bayar lar terus ker Astro terdekat, ATM ker, online ker, atau aper2 metod yg lebih pantas.

4. Sebelum nie RM50 melayang, sekarang RM20 plak. Huh.

p/s: Teringin utk merasa Astro Byond HD, tapi channel tak banyak, tak berbaloi..

Anda dijemput untuk melayari laman-laman di bawah. Laman-laman ini merupakan pautan dari laman perkongsian artikel Apesal.com. Semoga dapat menambahkan pembacaan anda.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Komen anda sangat bermakna. Elakkan komen menggunakan Anonymous. Anda bebas memberi komen walaupun dengan nama samaran. Terima Kasih.

Copyright © 2010 Anjung Sazuwi | Free Blogger Templates by Splashy Templates | Layout by Atomic Website Templates