| Logo Alexa |
Salam buat semua. Adakah masih di mood raya ataupun telah pun mula bekerja. Hehe. Walaubagaimanapun hidup mesti diteruskan. Sebuah intro dari aku. Heh.
Alexa
Bagi blogger-blogger tegar mereka pasti tahu Alexa nie. Alexa bukanlah seorang manusia. Tapi sebuah sistem yang mengira kedudukan sebuah blog tue. Yang menariknya, semakin kecil nilai Alexa, bermakna semakin terkenal blog tue. Berbeza dengan PageRank. Semakin tinggi nilai PageRank semakin terkenal lar blog tue. Nampaknya aku telah memberi maksud sebenar di sini. Untuk info yang lebih lanjut korang boleh lah bertanya pada en. google.
Kejap turun Kejap naik
Dalam bahasa Hindustan nyer adalah Khabi Turun Khabi Naik. Ader nampak macam judul filem tak? Nampaknyer filem nie bakal mengatasi filem The Social Network, yang mengisahkan sejarah Facebook. Jauh pulak aku pegi. Aku telah mula memantau nilai Alexa Anjung Sazuwi sejak sebulan yang lepas. Setiap hari aku akan check. Masa tue, aku just nak tau aperkah kepentingan Alexa nie, sebab time tue nilai Alexa aku mencecah 4 juta lebih. Walaubagaimanapun, nilai tersebut hanya berubah-rubah dalam margin tertentu. Tak kurang dari 4 juta pun.
Ujikaji bermula
Selain dari menguji perbezaan edisi pada Windows 7, aku juga bertindak menguji nilai Alexa kat blog aku nie. Disamping dapat menurunkan nilai Alexa, aku juga dapat mempromosikan blog nie kat seluruh dunia Malaysia. Beberapa kemaskini aku dah buat, termasuk meng'ping' blog nie kat direktori-direktori terkenal. Klu korang nak tau aper yang aku dah buat, boleh ar bacer di bawah.
Tips menurunkan nilai Alexa
1. Daftar web/blog kat Alexa - Selesai
2. Letak widget Alexa kat blog - Selesai
3. Gunerkan snippet (butang baca lagi) - Tengah nak update code
4. Update blog dengan kerap - Akan ku cuber
Keputusan
Dalam masa seminggu perubahan mendadak berlaku dengan pengurangan sebanyak 1 juta. Satu kejayaan. Hehe. Tapi kepada nilai 3 Juta lebih ar. Klu korang nak tengok status Alexa blog nie, boleh lar menggunakan Alexa toolbar dengan klik sini. Korang jugak boleh tengok status blog korang sendirik.
![]() |
| Toolbar Alexa - Status Trafik Utusan Online |
Sasaran
Aku tak tau nak sasarkan berapa. Takkan nak sasarkan rank no 1 kot. Hehe. Blog aku tak lah sehebat seperti blogger tempatan lain yang mempunyai status trafik yang tinggi. Aku hanya menulis blog mengikut sesuka hati aku jer. Hehe. Tapi tak semestinya aku tidak bereksperimen dengan mender-mender nie sumer. Betol tak?
Rujuk laman AriffShah untuk maklumat lanjut
ps: SEO semakin menarik minat aku..=p




8 ulasan:
whoaa..ape yg best dgn alexa bro?dapat duit ke?hahha
**aku menulis bukan kerna nama..ngee ^^
@epol: alexa bagus, maka saham blog naik..tak ker duit tue..hehe
lupa nak update... naik balik angkanya... aduh.. punyalah susah nak kasi turun... huhu
susah gak nak kasik turun yek..slow jer turun dier..hehe..
alexa saya naik balik la..ada sesiapa lagi serupa mcm saya?.. adoi
@Donny: hmm..kadang2 tak paham gak turun naik Alexa nie..
hehe saya punya dah turun... macam pasang surut laut pulak hehe
@Syafrizal: tahniah bro..blog yg berkualiti akan turun dengan pantas..hehe
Catat Ulasan
Komen anda sangat bermakna. Elakkan komen menggunakan Anonymous. Anda bebas memberi komen walaupun dengan nama samaran. Terima Kasih.