![]() |
| Bulan penuh. |
Kemaskini 20 Mac 2011:
Gambar Amatur: Fenomena Supermoon
Lama tak bercerita berkenaan dunia angkasa lepas. Minat tue ader, tapi mengambil masa untuk membaca dan mencari maklumat. Terima kasih kepada blogger Arrizz.com kerana membuat status update mengenai fenomena Supermoon ini kat laman facebook beliau. Kalau tak aku pun tak perasan mengenai perkara nie. Kali nie aku tak dapat terangkan secara terperinci dan tepat. Aku akan terangkan berdasarkan pemahaman aku.
Gambar Amatur: Fenomena Supermoon
Lama tak bercerita berkenaan dunia angkasa lepas. Minat tue ader, tapi mengambil masa untuk membaca dan mencari maklumat. Terima kasih kepada blogger Arrizz.com kerana membuat status update mengenai fenomena Supermoon ini kat laman facebook beliau. Kalau tak aku pun tak perasan mengenai perkara nie. Kali nie aku tak dapat terangkan secara terperinci dan tepat. Aku akan terangkan berdasarkan pemahaman aku.
Bulan berada lebih dekat
Buat pengetahun korang, pada 19 Mac 2011 ini, bulan berada lebih dekat dari jarak biasa orbit. Iaitu pada jarak 356 577 Kilometer berbanding jarak purata adalah 384 403 kilometer. Oleh kerana jarak yang lebih dekat dan juga masa itu juga bulan adalah bulan penuh, ia dipanggil sebagai "Supermoon". Aku tak berapa pasti berapa besar bulan yang kita boleh nampak semasa tue. Sebab kebanyakan foto kat internet nie bukan boleh percaya. Walaubagaimanapun, bulan yang korang bakal lihat nanti adalah lebih dekat dan besar dari biasa.
Kaitan dengan bencana alam
Sebab berkaitan dengan bencana alamlah yang membuatkan aku tertarik untuk mencari maklumat ekstra. Ada sumber mengatakan kedudukan bulan yang dekat menghasilkan tarikan graviti yang tinggi. Seperti mana kita tahu, tarikan graviti bulan mempengaruhi pasang surut air laut di bumi. Adakah akan terjadi kejadian tsunami pada masa itu? Aku pun tidak pasti. Beberapa bencana alam seperti hujan ribut, gempa bumi diramal akan berlaku pada masa tersebut.
Penafian Ahli Astronomi
Ahli astronomi menafikan bahawa fenomena Supermoon ini tidak akan mempengaruhi mana-mana bencana alam. Jadik, orang ramai tidak perlu risau akan kejadian ini. Dalam kata lain fenomena ini hanyalah bulan penuh yang biasa kita lalui setiap bulan. Pakar- pakar geologi dari USGS juga menyokong fakta sedemikian.
Perlukah bersedia?
Syukur kepada hadrat ilahi kerana negara kita masih selamat dari kejadian bencana alam yang tersangat extrim seperti yang berlaku di Jepun baru-baru ini. Tsunami yang berlaku di Jepun mengorbankan beribu-ribu manusia. Reaktor nuklear yang bocor baru-baru ini membawa kebimbangan kepada seluruh dunia.
Korang hanya perlu nantikan pengumuman dari badan-badan professional berkaitan untuk memastikan tahap Supermoon ini. Artikel di sini hanyalah sebuah perkongsian hasil dari pembacaan secara umum. Apa yang aku kongsikan bukanlah idea professional.
Tangkap Gambar
Bagi Astrographer, masa ini adalah peluang keemasan untuk mengambil gambar bulan yang ketika itu lebih dekat jaraknya. Harap-harap masa nie langit dalam keadaan cerah dan juga cuaca yang amat baik.
Baca juga di:
Tahukah korang. Supermoon pada tahun 2014 adalah lebih dekat iaitu pada jarak 356 511 KM...
ps: harap-harap tiada apa yang berlaku pada masa tue..
Kemaskini terbaru: Video pendek dokumentari Supermoon dari NASA




24 ulasan:
teringin lak nak usha bulan tu.. mesty cantik en.. harap2 cuaca elok! amin..
@GadisGula-gula: sama-sama berdoa supaya dapat tgk dengan jelas bulan tue..
SALAM..
suka juga lihat bulan penuh nampk semuanya kelihatan sempurna ya :)
indahnya kuasa Tuhan tak tercapai akal fikiran kita :)
harap2 xde apa2 yg akan berlaku. tp klu ikut ust dalam alkuliyyah minggu lps cakap, tarikan graviti bulan mmg ada mempengaruhi bumi ni. kdg2 kita xleh percayakan sgt ahli sains duniawi ni. sbb ahli falaq islam rasanya lebih byk ilmu berbanding diorang
@Suri: mmg suri, kuasa tuhan mmg indah. terpulang kepada kiter cara nak menghargai
@Dawa: kalau camtue mmg kiter perlu bersedia.. ader gak dengar pembacaan dari sumber islamik, biler bulan mengambang, boleh jugak mempengaruhi kesihatan individu..
19 hbln? Nape xde kluar kat TV pun..hu3. Papepun, setiap kejadian alam tu menunjukkan kekuasaan Yang Maha Esa, tinggal kita sahaja untuk renung2kannya..
katanya boleh menyebabkan tsunami/banjir... tak tahulah kebenaranya..
@decrewz: tak sure plak.. mgkin diorg ikut fakta yg kuat yg mengaterkan tak der aper yg berlaku kot..
@Zik: itu lah.. kalau berlakupun janganlan mengakibatkan kehilangan nyawa yg banyak..
tak lama lagi dah tu, nak tunggu ni
@etomyam: samer2 kiter menunggu..
Dulu saya pernah mengambil gambar bulan berwarna oren.
@akubiomed: wah.. mgkin boleh aplikasikan light painting.. hehe..
,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Salam Sebuah persahabatan....
Terima kasih
kembara ziarah maya”
uihhhh bulan melayu 15 hb air pasang besar....
@afzainizam: mmg air pasang besar time tue.. dalam sela masa terdekat juga berlaku perkara-perkara berkaitan dengan bulan penuh..
harap2 tiada apa yang buruk akan berlaku di Malaysia dan di seluruh dunia...
Malam tadi sebelum aku up post yang sama dengan ko, aku tengok bulan dulu. Bulan masih jauh, dan dilindungi awan tebal..kalau dapat tengok fullmoon esok, mesti syiok..
indahnya bulan..ada lekuku2 lagi... kita tak mmpu utk mengukir seindah itu
mau duduk dlm bulan blh tak heee..
@Reentartnenas: samer2 berdoa.. dalam maser yg samer keep in touch dgn pihak bertanggungjawab
@The Sharkox: smart ar post.. dengan cuaca hujan skang nie memungkinkan awan tebal gak esok..
@Suri: eh.. suri nak duduk kat bulan? x der oksigen kat saner..hehe
harap2 tade ap y b'laku..
same2la kite b'd0a ye..
@Anis Aryna Shamsuddin: samer2 kiter berdoa.. pasangkan niat utk melihat ciptaanNya..
terima kasih ingatkan. nasib baik hari ni jengah ke sini. tiga hari lepas ayah mertua ada bagitau pasal peristiwa supermoon malam ni. harap2 langit cerah malam ni :)
@Amirez: sama-sama.. harap dapat lah tengok malam nie..
Catat Ulasan
Komen anda sangat bermakna. Elakkan komen menggunakan Anonymous. Anda bebas memberi komen walaupun dengan nama samaran. Terima Kasih.