Gambar: Sekitar Hari Terbuka Tentera Darat 2011

06 Mac 2011

Teringin bergambar ala bro shahpaskal. Penulis blog Military Of Malaysia. Aku peminat beliau. Hehe.
Nota: Entri ini mengandungi imej yang banyak dan mungkin mengakibatkan loading yang perlahan.

Salam  buat semua. Beberapa hari lepas aku dah tulis mengenai Hari Terbuka Tentera Darat 2011 yang telah diadakan di Dataran Merdeka bermula dari Jumaat lepas hingga ke hari ini(Ahad). Sesiapa yang pergi sejak Jumaat yang lepas aku boleh agak tahap keterujaan korang dengan aper yg korang dapat saksikan di Hari Terbuka ini. Hehe.

Perarakan Aset Tentera Darat
Aku datang agak lambat sebenarnyer. Terlepas plak perarakan kontinjen. Time nie kiter dapat lihat kepelbagaian pasukan dalam tentera darat. Walaubagaimanapun time sampai-sampai jer, perarakan aset Tentera Darat(TD) baru jer start. Aku raser dekat seratus gak aset TD berarak kat jalan Tunku Abdul Rahman tue. Dari sekecil-kecil kenderaan hingga lah ke besar-besar kenderaan.

Aku time tue teramat-amatlah teruja. Sebab sejak kecil lagi aku memang menyimpan impian untuk melihat kenderaan tentera dari pelbagai guna dipamerkan secara besar-besaran sebegini. Yer lah. Kalau kiter tgk negara-negara tentera seperti China, Korea Utara, mereka memang selalu buat gini untuk pamerkan kehebatan aset ketenteran mereka.

Korang nak tengok gak? Jangan risau. Aku ader kongsikan dekat bawah nie. Banyak gak gambar. Harap maaf kalau ambil masa nak loading. Aku paling tertarik adalah dengan sistem komunikasi yang digunakan oleh tentera. Mereka mempunyai pelancar roket, penjejak dan juga pengawasan. Ketiga-tiga nie saling berkait rapat bagi tujuan pertahanan udara. Tentera yang menjaga kawasan pameran pun agak mesra dan menerangkan apa yang ditanya. Tapi tak der mereka nak kasik pecah rahsia kot. Hehe.

Jambatan mudah-alih milik TD pun dipamerkan. Banyak gak jenis jambatan yang dikendalikan oleh Rejimen Askar Jurutera Diraja. Dari sini kiter dah nampak kebolehan tentera Malaysia. Paling menarik aku nak cerita bagi aset TD nie, adalah mereka juga mempunyai jentera mudah-alih tandas dan juga dobi. Aku terkesima gak. Dengan teknologi yang ader skang nie, tentera lebih selesa ketika menjalankan tugas.

Tapak Pameran
Bagi tapak pameran aku tak baper banyak boleh cerita. Sebab pengunjung terlalu ramai. Keadaan sesak membantutkan lagi aku nak masuk ke dalam kawasan pameran. Tetapi yang aku nampak, susunan tapak pameran adalah mengikut rejimen. Paling smart adalah Kor Armor Diraja. Siap ada tentera berdiri kat depan dengan berpakaian istiadat. Apa lagi ramai lah nak bergambar. Hehe.

Kor lain tak kurang hebatnya. Rejiimen Renjer mempamerkan kehidupan survival, ada juga pameran ukiran ais oleh Chef tentera yang aku perasan berpangkat Sarjan. Dan banyak lagi meliputi telekomunikasi, skuad para, yang aku nak sebutkan di sini terlalu panjang dan tambah-tambah lagi aku tak punyer ilmu banyak mengenai Tentera Darat Malaysia. Korang tengok gambar di bawah. Tak faham boleh tinggalkan komen.

Demonstrasi
Skuad Para yang melakukan terjunan memang memukaukan mata. Aku baru tahu, sebelum terjunan dibuat, kain khas akan dijatuhkan untuk memastikan arah angin. Dengan mengetahui arah angin semasa, baru lah penerjunan boleh dibuat. Penerjun memang pakar. Sebab dalam ruang yang terhad, mereka tetap boleh mendarat di atas Dataran Merdeka. Memang cantik.

Demonstrasi skuad gerak khas pun tak tak kurang hebatnyer. Drama anti-pengganas nampaknya berjaya membuatkan pengunjung berasak-asak untuk menonton lebih dekat. Tetapi sayang, aku malas nak berasak-rasak. Drama letup-letup dan ambush sumer tak dapat lihat lebih dekat. Tentera pun ada persembahan akrobatik. Dasat gak pasukan diorang nie. Boleh main lompat-lompat dengan menggunakan motor scrambler.

Penutup
Cukup ar nak cerita takat nie. Kalau nak cerita setiap inci kat Hari Terbuka Tentera Darat nie memang takkan habis. Korang tengok lah gambar di bawah untuk paparan lebih dekat. Maaf, tiada caption yang menceritakan setiap gambar memandangkan aku hanya upload secara bundle. Gambar yang diambil adalah menggunakan kamera biasa dan bukan professional.

Gambar kredit blogger nineteenthjuly sebab kamera dia. Hehe.

ps: aku rasa selamat setelah melihat tentera darat dari dekat. negara kita juga mempunyai kapasiti pertahanan yang terbaik...

















































































Anda dijemput untuk melayari laman-laman di bawah. Laman-laman ini merupakan pautan dari laman perkongsian artikel Apesal.com. Semoga dapat menambahkan pembacaan anda.

11 ulasan:

Aanis Alexis berkata...

BEST GILER!!!!!!!!!!!!!!!!!

(x ajak pon....T__T)

sAzUwI berkata...

@Aanis: bukan tak ajak.. kiterang men redah jer pegi tadi..hehe.. gambar2 nie kirer ole2 utk ko lar yek..

Aanis Alexis berkata...

xpe.... aq ade modul lgpn arini... dpt tgk gmbr ni pon, dh kira puas ati dh...

mie berkata...

wow!!
menarik, rugi rasa nya xdapat pergi..
eheheee

sAzUwI berkata...

@Aanis: hehe..ader modul rupernyer..

@mie: xper2.. mungkin tahun ader peluang kot.. time tue kener pegi gak..

Solahuddeen berkata...

abg syazpaskal.

sAzUwI berkata...

@solahuddeen: sedap gak namer tue..heh

akubiomed berkata...

Wah berutung bro dapat melihat armor tentera secara dekat. Nampak gaya bro berminat unit berpakaian seragam

sAzUwI berkata...

@akubiomed: minat mmg minat, nak join jer tak mampu..hehe.

arrizz berkata...

waa best2..sayang aku dah balik dah time tue..kalau tak mesti g punyalah..adik aku ada g..pehh jeles aku tengok..

sAzUwI berkata...

@arizz: jangan jeles2 bro.. xper2.. tahun depan mungkin ader lagi..=)

Catat Ulasan

Komen anda sangat bermakna. Elakkan komen menggunakan Anonymous. Anda bebas memberi komen walaupun dengan nama samaran. Terima Kasih.

Copyright © 2010 Anjung Sazuwi | Free Blogger Templates by Splashy Templates | Layout by Atomic Website Templates