Ketahui Tahap Radiasi Semasa Dalam Negara

27 Mac 2011

Laman web Lembaga Perlesenan Tenaga ATOM.
Salam buat semua. Amacam? Sihat tak hari nie. Aku harap korang sumer sihat-sihat, dan kalau boleh lebih sihat dari biasa. Aku pun sihat jer. Cumer tak boleh lari dari sibuk dan mood untuk mengemaskini blog. Dah seminggu  baru nak menaip. Hehe.

Aku mungkin terlambat nak kongsikan mengenai perkara nie. Sebenarnyer tak der lar lambat mana. Sebab aku dah pun kongsikan kat Twitter aku. Buat pembaca sumer, korang boleh lar follow twitter aku untuk dapatkan maklumat-maklumat menarik secara ringkas dan padat. Tak pasti lar padat maner, tapi aku sangat suka berkongsi di Twitter sebab lebih mudah-alih dan tak perlu membuat artikel khas. Bagi aku, biler nak menaip nie, biarlah aku sedia memberi ilmu kepada pembaca dan tidaklah menjadi satu yang sia-sia.

Isu pencemaran radiasi
Sejak dua minggu yang lepas, negara kita telah di landa perasaan cemas akan pencemaran radiasi yang datangnya dari negara Jepun. Seperti yang semua tahu, Jepun telah mengalami gempa bumi yang kuat dan telah mengakibatkan tsunami yang memusnahkan banyak harta benda dan menyebabkan kematian beribu-ribu manusia. Tidak cukup dengan itu, terdapat masalah di loji nuklear(Fukushima) mereka akibat dari tsunami. Loji nuklear yang gagal berfungsi itu telah mendatangkan beberapa masalah sehinggakan menyebabkan letupan dan seterusnya berlaku kebocoran radiasi.

Keadaan reda
Kerisauan orang ramai menjadi reda apabila beberapa pakar tempatan memaklumkan tentang risiko pencemaran radiasi tersebut. Dengan itu, kita tak perlu takut untuk keluar rumah dan terkena air hujan. Pihak kerajaan juga memaklumkan supaya orang ramai tidak mempercayai khabar angin dan hanya perlu menunggu pihak-pihak bertanggungjawab memaklumkan info rasmi mengenai perkara ini.

Tahap radiasi negara
Setakat nie, alhamdulillah, negara kita masih berada di tahap normal. Kalau di lihat pada bacaan, memang tak der apa-apa efek pun kat manusia. Masih terlalu jauh. Mana plak aku baca bacaan nie? Aku ada alat pengukur radiasi sendirik ker? Hehe. Tak der ar. Semua nie aku dapat secara online jer.

Semak tahap radiasi
Pihak Kementerian Sains Teknologi (MOSTI) dan Informasi melalui Lembaga Perlesenan Atom Negara (AELB) telah mengambil inisiatif untuk memantau tahap radiasi negara. Korang boleh lah mengetahui status masa tahap radiasi dengan melayari laman web AELB nie. Kat depan sekali ader maklumat. Jadik, kiter tak perlu lar rasa ragu-ragu tentang tahap radiasi semasa dalam negara.

Data pada 26 Mac 2011.

Camner nak baca?
Sebenarnyer aku nak sambung lagi cerita kat korang tentang bagaimana membaca data tahap radiasi nie. Tapi aku dah mengantuk dan penat menaip. Jadik aku akan sambung kemudian. Hehe. Sebagai asas, korang hanya pastikan ringkasan yang dipaparkan di laman AELB, kalau tulis "Bacaan adalah di paras normal", jadik tak perlu lah risau apa-apa. Senangkan? Jangan risau. Lepas nie aku akan kongsikan kenapa korang tak perlu risau sangat pasal tahap radiasi semasa negara nie.

Kesan radiasi secara percuma
Kalau tak puas hati jugak, korang boleh datang ke AELB untuk mendapatkan khidmat pengesanan sinaran secara percuma. Perkara nie sumer atas inisiatif kerajaan bagi melegakan orang ramai. Mana tahu, tetiber korang rasa korang ada terkena radiasi ker. Nak scan pakai apa? Jadik boleh ar datang ke AELB untuk dapatkan kepastian.

Penutup
Sama-sama kita berdoa semoga bencana seumpana dijauhkan dari tanah air kita nie. Kalau jadik apa-apa, memang susah. Malaysia yang dibangunkan hampir setengah abad, boleh lingkup gak kalau berlaku bencana alam yang dasyat macam kat Jepun nie. Kita juga berharap agar kerosakan reaktor akibat tsunami tue cepat diperbaiki dengan segera.

Layari laman ini:

ps: pisang juga mempunyai tahap radiasi tersendiri..

Anda dijemput untuk melayari laman-laman di bawah. Laman-laman ini merupakan pautan dari laman perkongsian artikel Apesal.com. Semoga dapat menambahkan pembacaan anda.

6 ulasan:

akubiomed berkata...

Dengar berita tadi pencemaran radiasi sudah sampai di perairan Filipina.

Sedikit sebanyak menimbulkan kebimbangan juga

sAzUwI berkata...

@akubiomed:
owh..ader jugak berita mengatakan air laut sekitar perairan berdekatan loji nuklear dah tercemar teruk.. takut ikan2 diorg yg telah dicemari dtg ke negara kita pulak.

etomyam berkata...

ada tajuk paper hari ni yg tulis radiasi udah sampai ke sekitar, tapi belum sempat nak baca penuh artikel tu

sAzUwI berkata...

@etomyam:
x silap kat singapura. Tapi itupun dikesan radiasi kat makanan yg diimport..

Zik berkata...

kesan radiasi bukan sehari dua.... sangat merbahaya...

sAzUwI berkata...

@zik: betul tue zik, jangka hayat radiasi agak pelik sedikit..

Catat Ulasan

Komen anda sangat bermakna. Elakkan komen menggunakan Anonymous. Anda bebas memberi komen walaupun dengan nama samaran. Terima Kasih.

Copyright © 2010 Anjung Sazuwi | Free Blogger Templates by Splashy Templates | Layout by Atomic Website Templates