![]() |
| Klik 1 Malaysia Jalan Pantai Seremban. |
Salam buat semua pembaca Anjung Sazuwi. Amacam kesihatan korang untuk hari ini? Sihat atau tak? Hehe. Aku tanyer sebab nak bagitahu sejak menjak nie aku tak lah sihat sangat. Mungkin dosa-dosa dah banyak sangat, dah tiba masa nak kener release sket2. Hmm.
Sakit tekak
Khamis yang lepas, tekak tiber2 jer rasa tak selesa. Ingat sekejap jer. Rupanyer bawak sampai ke malam. Last-last terus sakit tekak. Sakit tekak nie memang betul-betul tak gemar. Nak makan susah, nak bercakap pun susah. Sampai hari Jumaat petang, aku nekad untuk ke klinik. Teringat pasal ubat kumur yang bernama Gargle. Kat umah dah habis dah. Nak dapat stok kena pergi klinik juga. Nak suruh check apa yang patut.
Klik 1 Malaysia
Dalam kepala teringat pula kat Klinik 1 Malaysia yang baru jer di buka kat Jalan Pantai Seremban. Klik yang dilancarkan di bawah label 1 Malaysia nie banyak mendapat liputan. Jadi, aku pun fikir masa nie ar nak merasa. Lagi pun duit dalam poket cukup-cukup nak makan jer. Tahun lepas aku pergi klinik swasta kena charge RM30 untuk sakit tekak nie. Hehe.
![]() |
| Bilik pemeriksaan dan farmasi. |
Buka dari 10 pagi hingga 10 malam
Aku cukup tak sangka klinik ini dibuka dari 10 pagi sehingga 10 malam. Masa aku nak pergi tue dah pukul 9 malam dah. Memang waktu operasi adalah betul-betul fleksibel. Dan buat pengetahuan korang, klinik dibuka setiap hari termasuk cuti umum. Boleh kata macam KFC ar. Tiap-tiap hari buka. Hehe.
Layanan mesra
Klinik kesihatan sering menjadi perbualan akan kemesraan mereka dalam melayan pelanggan. Paling banyak memberi komen adalah emak aku sendiri. Setiap kali balik dari klinik kesihatan pasti akan ada jer yang tak puas hati. Aku tak nafikan. Aku sendiri pernah beberapa kali pergi. Walaupun bukan semua, tetapi segelintir pekerja tidak melambangkan integriti Klinik Kesihatan itu sendiri. Walaubagaimanapun, lain tempat lain situasinya.
Klinik 1 Malaysia yang aku pergi nie memberi layanan yang baik kepada aku. Dari meja pendaftaran hingga ke bilik pendaftaran. Sehingga MA(Medical Assistant) boleh melawak bersama-sama aku. Aku cumer mengharapkan Klinik 1 Malaysia yang berada di kawasan lain juga mempunyai layanan yang sama. Walaupun hanya dikenakan bayaran RM1 untuk rawatan, layanan kepada pelangga perlu tetap sama. Perlu diingatkan klinik hanya menjalankan pemeriksaan kesihatan yang biasa sahaja. Sebarang pemeriksaan lanjutan perlu di rujuk ke Klinik Kesihatan atau hospital.
Kesihatan aku kini
Sakit tekak dah hilang. Batuk pulak yang datang. Bagi aku dah biasa dengan keadaan sebegini. Setiap kali sakit tekak akan diakhiri dengan batuk. Lepas tue baru lah sembuh. Hehe. Bagi mereka yang ingin mengetahui maklumat terperinci mengenai Klinik 1 Malaysia ini boleh lah melayari laman di bawah.
ps: RM1 ikutkan memang berbaloi...





24 ulasan:
ubat sakit tekak paling mujarab ialah minum air asam jawa. bukan yg mcm kt kedai2 tuh. ni yg buat sndri.
cara-cara (ececeh):
1. ramas asam jawa biji2 tuh. yg pure tu la.
2. bancuh mcm air biasa dgn gula. Selalunya aq akan buat pekat2.
3. minum sehari 3x or 4x. Mmg smpai tertutup2 mata minum sbb masam giler. Insya-Allah, esok tuh tekak jd baik.
SELAMAT MENCUBA!
p/s: Untuk hilangkan batuk, ada satu doa sblm minum air masak. Aq x ingt doa ape. Mak lang Aq yg bacakan. Insylh, mmg mujarab.
@Aanis: aku mengucapkan seribu ucapan terima kasih di atas petua yang dikongsikan.. hehe.. tp dah elok sakit tekak.. klu aku tau aku tanyer ko dlu ari tue..huhu
ps: sampai tertutup2 mata yek.. aku boleh bayang betapa masamnyer..
semoga cepat sembuh bro.. amalkan minum air suam dan cukup.
bagus juga ada klinik mcm ni..
jai baru je 1st time dengar klinik 1malaysia..hu3. Under panel ke?
bagus juga ada klinik 1 malaysia ni. at least taklah ramai sangat kat klinik kerajaan yg tutup pukul 5pm
@Donny: tq bro.. ubat batuk pun dah nak abes nie..hehe
@decrewz: tak pasti plak camner.. mngkin under klinik kesihatan kot..
@Amirez: tol tue.. kurang sket org nak amik mc..heh
seringgit ... murah2.. berbaloi2..
emm seringgit tu kira berbaloi dah + perkhidmatan terbaik
aku je tak sempat nal trYYY lagi..hehe
@Zik: memang berbaloi2..=)
@syahrilhafiz: kalau boleh jangan "TRY" bro.. sihat-sihat selalu..heh
Tempat saya pun ada kelinik 1 Malaysia tapi kemudahan peralatan perubatan agak terhad dan ubat-ubatan pun tidak semua ada. Cukup syarat sahaja dan layanan toksah cakap acuh tak acuh sahaja. Bentak-bentak bila pesakit ramai
@akubiomed: maknanyer mengikut tempat jugak kualiti servis klinik 1 malaysia nie.. mereka sepatutnyer professional melayan pesakit..
kalo aku baik g klinik yg di kendalikan doktor bertauliah..kalo setakat MA dgn nurse la yg handle klinik ni..aku mcm was2 la..baik doktor yg prescibe ubat ke ape..MA kadang2 bukan nya tahu byk benda pon..kwn aku MA spm pangkat 2 ker..
@suhakam: ader betol gak tue.. if melibatkan sakit yg lebih serius mmg patut refer mereka yg lebih pakar..
Aku bukan aper en.sazuwi..perkara yg berkait dgn kesihatan ni jgn dibawak main.ini berkait idup dan mati.kalo la jadi aper2 org kata menyesal takder guna dah..xper bayar lebih ckit g private klinik yg penting yg yg buat medical exam tu doktor yg bertauliah..mungkin pendapat org lain2 la..tp tu pendapat aku..klinik 1 malaysia amatla bgs utk masyarakat mendapat khidmat perubtan yg murah dan dekat..TAPI tukar kepada doktor perubatan dan bukan pembantu perubatan atau nama baru penolong pegawai perubatan tu..no offence..thank to en sazuwi bg aku drop komen kat cni..
@suhakam:
selagi komen tidak menimbulkan maner2 sentimen amat digalakkan di blog saya nie. =)
Pendapat saya jugak, m.a yang ader patut dihantar smbung pembelajaran utk naik taraf ilmu yg diorang ader tue..
sekurang2 nyer dapat menambah lagi doktor dlm negara..
secara tak langsung dapat berkhidmat dekat klinik 1 malaysia..
harap2 ader pihak berkenaan membaca artikel yg ini..
kome rasa ma boleh ke jadi doktor..pakcik raso tak boleh kot..mana ader ma kat malaysia jadi doktor..plg tinggi pun jadi PTD..nak jadi doktor kena masuk matrikulasi sains..kena jadi pandai..spm ke semua dpat A..ma takdok la sepandai doktor..mcm micey jo seperti kata encik hak asasi suhakam kat atas tu..
@pak cik ali:
saya tak pasti jugak boleh atau tak, x der ilmu sngt dalam bidang nie. mungkin ader inisiatif lain utk perkara-perkara macam nie...
banyak komen pasal MA.. oklah saya nie MA atau PPP.. kitaorang belajar pun lebih kurang jer dengan doktor tapi tak sedetail doktorlah.. kitaorang terhad kepada skil kerja.. nak jadi doktor kena ambik medical doktor degree dulu. kitaorang kena belajar dari bawah balik. jangan kata MA nie hanya SPM jer. ada yang Jadi MA dah ada degree sebab kerja tiada. Tapi kalau tiada PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN (dah official digunakan dan ada perkeliling-tolong check b4 bercakap) doktor tak boleh berfungsi. kebanyakkan PPP (Penolong Pegawai Perubatan) boleh melakukan prosuder yang lebih baik dari doktor k. Macam nielah kalau nak kodem MA atau PPP tolong tanya dulu.nanti statment anda boleh dibuat fitnah pulak. kan tak bagus en.suhakam?. PPP atau MA ada yang jadi doktor... cuba check k sebelum bercakap. terima kasih..
@nimosy: terima kasih utk komen anda.. nampaknyer dah jelas camner tugasan MA/PPP nie dalam negara kiter.. lebih kalau disimpulkan masing2 punya kelebihan tersendirik dan diperlukan antara satu salam lain..
Salam, saya setuju dengan nimosy, saya pun MA juga, bekerja di klinik kesihatan di pinggir bandar dan juga bertugas di klinik 1 Malaysia pada hari minggu. Di klinik kesihatan hanya ada 1 doktor dan 2 MA. Kat sini semua kes MA tengok, doktor cuma tgk kes yang dirujuk sahaja. Saya rasa kalau tak ada MA tak jalan klinik. Walaubagaimanapun MA akan rujuk kepada doktor jika kes berat. So apa bezanya pergi klinik swasta, lainlah kalau ada banyak duit tak kisahla.... dari pengalaman saya yg pegi klinik swasta 2 - 3 kali tak baik2 last2 datang klinik kesihatan jumpa MA juga.
@Tanpa nama: betul tue.. tak semua org mampu utk pergi ke klinik swasta.. berjumpa dengan mereka yg lebih pakar memerlukan kos yg tinggi.. melainkan dicadangkan utk ke sana..
salam...emmm...oic...saya PPP yang merawat awk...sebenarnya PPP diberi kepercayaan untuk mengendalikan Klinik 1 Malaysia dibawah jabatan perdana menteri...so untuk komen2 yang tak tahu ape2 tugas tentang PPP jangan sewenang2 nya nak berkata...knape masih ade pesakit yang pergi ke klinik swasa tidak sembuh,walhal mereka berjumpa dengan doktor swasta menghabiskan wang rm 30 -rm 60...datang ke klinik 1 malaysia hanya bayar Rm 1 berjumpa dengan PPP(Penolong Pegawai Perubatan)terus menjadi regular customer akekekeeke...dan mendapatkan rawatan yang terbaik,dan dirujuk ke hospital jika memerlukan rawatan selanjutnya...cuba pergi ke kecemasan dan trauma di mana2 hospital...sapa yang jadi 1st responder? dah tentu PPP...mana doktor??? doktor dipanggil bila perlu jer atau patient dah stabil...lagi satu tugas PPP dibilik mayat...ade doktor kasi potong???ader???semua PPP yang buat...khas untuk pak cik ali n suhakam lu buleh buat ke der???stakat potong ayam jadi 24 bahagian bleh ler...pakcik ali...dah ade PPP yang jadi doktor....PPP ini sbagai satu batu loncatan untuk menjadi D.O n Doktor...kalau lepasan Spm nak sambung belajar amik doktor kono blaja 7 tahun...itu pun ado ramai yang tak lulus,terhompap-hompap...kalau dari PPP nak sambung blajar jadi doktor cuma 5 tahun jer...so pikir2 kan lah...lainlah kalau pakcik ali orang kaya...bleh hantar anak trus anak ke luar negara...syarat lepasan SPM gred 2 tu cuma syarat untuk diploma pembantu perubatan...tapi kita orang ni ade lulusan degree,diploma,spm gred 1, yang tak dapat kerja n tawaran untuk sambung blajar...so masuk jadi PPP dengan blajar 3 tahun...ye laa kami ni orang miskin tak macam pak cik ali...untuk suhakam...der cuba ko suruh doktor ambil darah n masukkan branulla n drip(masuk air)...terketar diorang...sobab apo???doktor banyak teori...ppp banyak praktikal...doktor platih pun blajar dari kami..untuk pakcik ali n suhakam...jangan pandai beri komen jer...tapi tak pikir dulu...pak cik ali n suhakam dah besar kan???dah beli pikir kan???jangan kata najis itu orang lain yang punya,sedangkan najis dipunggung tidak dicuci...ptuii...sial la...akekekekekekeke... selamat hari raya maaf zahir dan batin...
sazuwi:der trima kasih kerna memberi peluang menulis sepatah dua kata di blog ini...ape2 pon lu punya topi golf terbaekkk der...
@Sireh Ditelapak Harimau:
bro ppp kat klinik nie ker? dpt plak jumper sini..welkam2
aper2 pun terima kasih memberi komen asalkan niat utk berkongsi..=)
selamat hari raya...
aku nak cakap dgn suhakam bahawa klinik swasta nye dokto lg hampeh...lebih baik aku jumpa MA..mereka lebih banyak terdedah dengan pengalaman berbanding doktor swasta..banyak kali doktor swasta bagi ubat antibiotik hanya 3 hari...semata-mata nak kasi murah...akibatnya penyakit sembuh tp akan kerap berulang..
Catat Ulasan
Komen anda sangat bermakna. Elakkan komen menggunakan Anonymous. Anda bebas memberi komen walaupun dengan nama samaran. Terima Kasih.