Rebiu: Hikayat Merong Mahawangsa

13 Mac 2011

Aksi Laksamana Liu Yun ketika menentang tentera Garuda.
Rasa mengantuk betul-betul membantutkan mood untuk membuat sebuah entri khas mengenai filem yang sedang hangat ditayangkan di pawagam, Hikayat Merong Mahawangsa(HMM). Mana tak nyer, tidur tidak sampai beberapa jam, kena bangun untuk bersama-sama keluarga ke Tanjung Biru, Port Dickson. Pagi-pagi tak ramai orang. Hehe.

Tidur jap tengahari, dan terjaga bila dah nak hampir Asar. Pergh. Itupun letih lagi. Walaubagaimanapun misi untuk menonton wayang gambar bagi tayangan midnite perlu diteruskan. Akhirnya filem HMM telah dipilih. Rasa sifat ingin tahu terhadap filem tempatan yang ini amat membuak-buak. Adakah ia betul-betul terbaik atau sebaliknya? Ni lar aku nak citerkan. Tapi secara ringkas dan padat. Sebab aku bukanlah jenis yang pandai rebiu. Heh.

Jalan cerita
Filem ini sebenarnyer memerlukan tambahan masa lagi untuk menerangkan keseluruhan kisah hidup Merong. Pergerakan jalan cerita terlalu pantas dan ringkas membuatkan aku tak dapat nak ikut dan hampir-hampir membuatkan aku bosan dan rasa nak keluar pergi minum teh tarik. Aku rasa mungkin sengaja Yusry KRU buat macam tue sebab nak padatkan cerita dan straight to the point. Dokumentari khas yang ditayangkan di TV dan juga laman Tonton sebenarnyer perlu ditonton terlebih dahulu bagi menyediakan penonton sebelum menonton HMM. Berapa banyak tonton daa.

Dialog
Majoriti adalah menggunakan Bahasa Inggeris. Terdapat juga Bahasa Melayu Klasik dituturkan. Latar belakang tahun tak silap aku tahun 120. Tahun nie Kerajaan Melaka pun tak wujud lagi. Tak pasti pulak aku masa tue Bahasa Melayu dah dipertuturkan atau belum. Sebab ketika itu Merong adalah seorang hindu. Boleh pulak aku citer pasal bahasa nie. Apa-apa pun, aku agak tertarik bagaimana watak puteri China dan watak Merong ketika mereka bertutur Bahasa Melayu. Agak pelik sket. Bahasa Melayu Klasik yang dituturkan memang betul-betul menarik. Sarikata bahasa juga disediakan bagi memudahkan pemahaman.

Props
Produksi telah menghasilkan sesuatu yang terbaik bagi props dan tempat penggambaran. Bayangkan kostum tentera China dan juga tentera Rom dapat digunakan dalam filem nie. Khemah, kapal layar, senjata dan pelbagai lagi menambahkan lagi suasana dalam filem. Nampak lebih real. Hehe. Pelakon-pelakon yang terdiri dari kulit putih, kuning langsat, hitam dan lain-lain lagi memang menjadikan filem ini lebih menarik.

Aksi
Aksi memang terbaik. Memandang KRU menggunakan khidmat pengarah aksi dari Hong Kong, hasilnya memang terbaik. Aksi tumbuk-menumbuk, terbang-menerbang, tikam-menikam, semua tue membuatkan aku tidak bosan. Tak silap aku filem ini diklasifikasikan PG13. Jadik tak sesuai ditonton oleh kanak-kanak.

Unsur Humor
Watak Merong digambarkan dalam filem nie sebagai happy-go-lucky.  Aku pun pelik gak pada awalnya. Ingatkan Merong nie seorang serius. Tetapi memang serius semasa berlawan. Filem nie tak der lah terlalu stress. Terdapat banyak unsur-unsur humor diterapkan dalam filem ini. Paling menarik ketika Merong mengatakan datuknya bernama 'Merong Mahasuasa". Tergelak dibuatnya.

Pros dan cons maner?
Aku tak pandai untuk membezakan pros dan cons. Kalau aku nak bezakan pun terpaksa menggunakan konsep perbandingan. Nak bandingkan buat aper. Setiap produksi mempunyai cara tersendiri untuk filem mereka. Walaubagaimanapun setiap filem yang dihasilkan memang ada cacat-cela nya. HMM juga tidak terlepas. Aku dapat kenal pasti beberapa masalah. Dan korang sebagai penonton juga aku tak nafikan akan perasan masalah yang sama. Tetapi bagi HMM jika ada masalah pun, keseluruhan cerita telah dapat menutup setiap kelemahan tue.

Setanding Hollywood?
Dengan bajet sebanyak 8 Juta, tak dinafikan sebuah filem epik tempatan terbaik dapat dihasilkan. Tetapi kalau nak dibandingkan dengan kualiti filem-filem Hollywood, bagi aku masih ada perkara-perkara perlu diperbaiki. Filem Hollywood yang terkenal memerlukan berpuluh-juta US Dollar bagi menghasilkan sebuah karya yang terbaik.

Bagi aku, kalau diikutkan analogi, filem HMM nie samer macam kemenangan pasukan bola sepak negara di AFF Suzuki Cup tidak lama dahulu. Sejak tue pasukan bola sepak negara menjadi tumpuan seluruh negara. Seperti juga filem HMM. Ia mampu membuka mentaliti kita terhadap filem tempatan. Dan lepas nie kiter sentiasa mengharapkan yang lebih baik dari mereka untuk terus mendapatkan sokongan tempatan.

Kalau korang mengharapkan filem setanding Hollywood dari produksi tempatan, HMM bukanlah pilihannya, walaubagaimanapun, jika korang mengharapkan filem tempatan bertaraf antarabangsa, HMM merupakan filem yang tepat.

Sejarah
Aku tak nafikan lepas jer balik dari menonton wayang, aku segera membuat carian tentang Merong nie. Rasa ingin tahu mengenai sejarah Merong nie terjadi selepas menonton filem HMM. Sejarah tempatan kini menjadi bualan rakyat negara ini. Betul-betul tidak merugikan. Generari muda akan lebih mengenali tentang sejarah negara kita. Aku harap lepas nie ada produksi lebih berminat untuk menghasilkan filem-filem epik sebegini. Nak hasilkan pun biarlah bersemangat. Kalau filem alar kadar jer, saperlah nak tengok.

Selamat menonton
Ok lah. Setakat nie jer rebiu aku. Pendek dan mungkin tak lah padat maner. Aku mintak maaf jika tak capai standard rebiu sebenar. Hehe. Yer ar. Memandangkan aku sejak tahun lepas lagi dah post pasal HMM nie, aku raser sebagai penutup adalah dengan review nie. Jika sesiapa nak pergi menonton, aku ucapkan selamat menonton.

Tiket aku.

Aku berikan 7 bintang dari 10. 7/10.

ps: kalau ader sekuel mungkin watak Merong dah tak der..
pss: Kalau untung lebih dari 50 juta, KRU mungkin boleh mulakan 2,3 projek filem epik yang lain.. aku raser..

Anda dijemput untuk melayari laman-laman di bawah. Laman-laman ini merupakan pautan dari laman perkongsian artikel Apesal.com. Semoga dapat menambahkan pembacaan anda.

8 ulasan:

Aanis Alexis berkata...

Arrgghghhh~ (stress sbb mmber dh tgk)

hajat dihati nk g tgk ari khamis (10/3) aritu. Tp terbantut gara2 nk menyiapkan asgmnt n get ready utk prsntn.

Hope, esok Aq x terlepas peluang...

Solahuddeen berkata...

pak uuuuuu.
gua tertinggal.
pe ni bos. ingat nak tengok same. dang!

Aanis Alexis berkata...

kesimpulan:

awie pentingkan Merong dari Acai!

hohoho~

sAzUwI berkata...

@Aanis: hehe.. haruslah merong dlu..=p

@Acai: aku igt ko dah tengok.. tue aku pg tgk dlu.. tak bleh tahan..

rashid berkata...

Selamat selamat..memang best bila dapat tonton hari tayangan, tak la rasa geram tunggu masa nak menonton..overall memang perlu dapat pujian kerana segalanya memang lain dari filem2 kita, ada orang luar, boleh setanding hollywood da nih..=)

sAzUwI berkata...

@rashid: memang patut dapat pujian.. lain dari yang lain.. =)

akubiomed berkata...

Harap kos pembikinan filem berbaloi. Sesuatu kelainan diperlukan terutama dari Pengarah Muda. Syabas

sAzUwI berkata...

@akubiomed: mmg perlu kelainanan dari pengarah muda utk industri filem melayu..

Catat Ulasan

Komen anda sangat bermakna. Elakkan komen menggunakan Anonymous. Anda bebas memberi komen walaupun dengan nama samaran. Terima Kasih.

Copyright © 2010 Anjung Sazuwi | Free Blogger Templates by Splashy Templates | Layout by Atomic Website Templates