![]() |
| KLIBF 2011. |
Salam buat semua. Kali nie aku nak citer program yang akan berlaku bermula esok selama seminggu. Dah terlambat sangat aku nak cerita pasal pesta buku nie. Teringat sebab tengok dalam senarai draft ader tajuk nie. Hehe. Untuk pengetahuan korang, kebanyakan post adalah discheduled ke siang hari. Sebab siang hari ader jer projek lain yang menjengah. Tak sempat nak sentuh internet.
Apa yang menarik?
Aku terus jer lompat yek. Aku cuma nak bagitahu pengalaman aku pergi tahun lepas. Tahun lepas merupakan pengalaman aku buat kali pertama pergi ke pesta nie. Dan tahun nie aku akan pastikan yang aku akan pergi. Terdapat banyak pilihan buku dekat pesta nie. Aku rasa lagi banyak dari perpustakaan negara kot. Hehe.
Yang menampakkan menarik adalah kebanyakan penerbit buku, majalah, komik akan berkampung kat PWTC selama seminggu. Banyak aktiviti dan promosi menarik oleh mereka. Aku paling suka bila masuk jer dewan yang dipenuhi karya terbitan KarangKraf. terlalu banyak majalah-majalah lama yang dijual lebih murah dari harga pasaran.
Penggemar novel
Bagi penggemar novel, jangan lepaskan peluang berjumpa dengan penulis kegemaran korang. Alaf 21 dan beberapa penerbit lain menyediakan ruangan khas untuk penulis beramah mesra dengan pembaca. Aku masa tue mencari-cari penulis Aisya Sofea(Penulis Novel Adam & Hawa), sekadar nak bertegur sapa tetapi gagal. Mungkin terlibat dengan urusan lain.
Nak beli banyak buku, duit pun tak cukup. Lagipun tak berkesempatan nak membaca banyak-banyak nie. Aku cuma belikan adik aku buku latihan. Buku latihan sekolah rendah banyak sangat promosi. Aku amik 4 set boleh dapat sampai RM5.00. Tak percaya? Pergi ar nanti.
Pesanan
Pesta nie adalah terlalu besar dan untuk melawati setiap seksyen sebenarnyer menguji kemampuan diri. Pastikan korang merancang perjalanan. Mungkin hari nie pergi separuh, esok habiskan bakinya. Tahun lalu masa aku pergi, aku habiskan berjalan selama 3 jam tanpa henti untuk menghayati setiap inci pameran kat situ. Sempat patah balik sebab nak kejar Happy Hour. Hehe. Aku terpaksa bergegas sebab petangnya ada kerja lain yang menunggu.
Banyak aktiviti menarik dianjurkan pada hari minggu. Memang seronok kalau pergi hari minggu. Tapi akan ada masalah dari segi kepadatan pengunjung. Jadik korang rancanglah baik-baik nak hari biler. Aku prefer untuk pergi hari biasa. Tapi saper plak nak pegi ngan aku nie..
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011
Tarikh: 22 April 2011 - 1 Mei 2011
Masa: Isnin - Khamis (10.00 AM - 8.00 PM) , Jumaat - Ahad (10.00 AM - 9.00 PM)
Tempat: Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)
Laman rasmi: http://www.klibf.com.my
ps: dah lama tak membaca novel..




12 ulasan:
dulu aq rjin pegi.... sjk 2 thn lepas rasenye dh x b'kunjung kt sne.
sekarang sudah berapa di kampung... huhu.. tapi berminat nak pergi...
@Aanis: setaun skali jer.. pegi beli surat khabar jer leh gak..hehe
@Zik: hmm.. ader seminggu jer utk pesta nie.. kener curik masa zik..
Sekarang zaman dah semakin maju.. Segalanya berada dihujung jari.. Tapi bila dia buat pesta buku macam ni, dapat membuatkan muda mudi atau tua tui memahami kepentingan buku itu sendiri..
aku rasa macam nak pergi. tapi tak pasti lagi
@decrewz: betol tue.. buku adalah cara paling best utk menambah ilmu..
@syafiq: xper2.. kasik rancang2 betol2..
mcm menarik jak ni..
@Syuk Ry: mmg menarik.. =)
Membaca dan mencari bahan bacaan sudah mudah samada cara tradisional dengan bahan bacaan dari daripada cetakan kertas di jadikan buku atau secara ebook online
@akubiomed: betol tue.. tak macam dlu.. amat payah nak carik satu2 maklumat..memakan tempoh yg lamer baru jumper sumber..
btol2..buku dye sumenye mura2..ak bru pegi smlm
@Tanpa nama: dah pergi ker? mesti lebih menarik dari tahun2 yg lepas.. =)
Catat Ulasan
Komen anda sangat bermakna. Elakkan komen menggunakan Anonymous. Anda bebas memberi komen walaupun dengan nama samaran. Terima Kasih.