Sumbangan Dari Anda: Stokin Untuk Jepun

11 April 2011

Laman rasmi socks for Japan.
Assalammualaikum semua. Lamer rasenyer tak update blog. Baru-baru nie terlalu banyak kerja nak diutamakan. Jadik semua mood termasuk menjengah facebook dan blog terpaksa dicatu. Hehe. Cuma kali nie hanya sebuah update untuk membantu adik aku dalam misi membantu mangsa gempa bumi dan tsunami di Jepun yg kini telah genap sebulan pada hari artikel ini ditulis.

Bencana di Jepun
Umum mesti dah tahu mengenai bencana alam yang berlaku di Jepun. Bencana yang berlaku itu telah mengakibatkan kematian sehingga 13 000 orang dan 15 000 orang hilang. Sehingga hari ini juga proses mencari mayat masih lagi berjalan. Itu belum lagi mangsa bencana yang ditempatkan di kawasan perlindungan sementara. Umpama sudah jatuh, ditimpa tangga, Jepun dikejutkan dengan pencemaran radiasi yang menjadi masalah kritikal ketika ini.

Sumbangan Stokin Untuk Jepun
Idea ini datangnya dari seorang penulis freelance yang diberi nama Jason Kelly. Klik pada nama beliau untuk membaca bio beliau. Beliau mencadangkan agar sumbangan boleh diberikan dalam bentuk sepasang stokin beserta beberapa ayat memberi motivasi kepada mereka di Jepun. Stokin tersebut hendaklah dihantar ke pejabat beliau terletak di Tochigi, Jepun. Stokin yang sampai, akan diedarkan oleh sukarelawan yang bertugas di sana. Mudah bukan? Dengan sepasang stokin kita dapat membantu mereka di Jepun. Tapi, kenapa stokin?

Ilustrasi pembungkusan stokin.

Kenapa Stokin?
Dari pembacaan aku di laman web beliau, atas beberapa sebab, kebanyakan mangsa bencana akan menyelamatkan diri dalam keadaan tergesa-gesa. Dalam keadaan yang kelam-kabut, mangsa mungkin sempat menyelamatkan diri tanpa selipar dan kasut. Negara Jepun yang ketika ini sedang mengalami musim sejuk, memberi efek yang besar kepada mangsa yang tidak cukup kelengkapan musim sejuk. Stokin yang selesa dapat memberi kelesaan kepada mereka yang kini mungkin sedang kusut memikirkan keadaan rumah, keluarga dan macam-macam lagi yang telah musnah sejak bencana berlaku.

Sumbangan dari anda
Mula-mula aku agak tak notis akan perkara nie. Tapi sejak adik aku dan rakan-rakannya dah mula bergerak dengan modal RM300. Sebanyak 60 pasang stokin telah di beli. Dan aku mula nampak mungkin kini kita punya peluang membantu mereka terus ke Jepun. Dia dan rakan-rakan akan menguruskan proses pembungkusan dan juga penghantaran ke Jepun. Kepada sesiapa yang hendak membuat sumbangan, bolehlah membuat sumbangan sama ada melalui sumbangan berbentuk wang ringgit atau stokin. Kos juga diperlukan untuk tujuan menghantar melalui courier semua stokin tersebut.

Sumbang dengan segera
Disebabkan tempoh masa yang perlu dipercepatkan, proses ini akan ditutup pada hari Isnin bersamaan 18 April 2011. Seminggu tempoh masa akan diberikan. Segala kemaskini mengenai sumbangan ini akan dikemaskini di blog seperti maklumat di bawah. Aku juga akan cuba update jika terdapat beberapa kemaskini.

Tolong sebarkan
Aku harap korang boleh lar like atau retweet artikel ini bagi menyebarkan akan misi ini kepada semua rakyat Malaysia. Sumbangan adalah seikhlas yang boleh. Tiada paksaan bagi ini. Di bawah merupakan maklumat terperinci.

Laman rasmi Socks For Japan:

Maklumat Pengelola Stokin Untuk Jepun:

Kepada sesiapa yang ingin membuat sumbangan perlulah menyatakan hasrat anda di:

Seterusnya, maklumat akaun dan sebagainya akan diberi dengan segera kepada anda.

ps: kepada sesiapa yang menyumbang, korang juga akan dikreditkan bersama-sama dengan bungkusan.. =)

Anda dijemput untuk melayari laman-laman di bawah. Laman-laman ini merupakan pautan dari laman perkongsian artikel Apesal.com. Semoga dapat menambahkan pembacaan anda.

10 ulasan:

akubiomed berkata...

Kesian Jepun. Terbaru dilanda gempa bumi dan amaran Tsunami sehinggakan pihak kerajaan memberi arahan menambah jarak evacuation loji Nuklear

sAzUwI berkata...

@akubiomed: benar tue, kelihatan pergerakan bawah tanah mereka masih aktif.. gempa bumi berturut2..

decrewz berkata...

Pelik jugak tengok tajuk tadi, kenapa stokin...he3.. Tapi dah faham... Adik bro yang buat ke?

suri berkata...

dema sana mmg sejuk cuaca tak menentu lebih2 pasal radiasi huu..

sb tu dlm lakonan tv mrka sslu pakai bju sejuk..mana pakai bju nips2 jarag skli heee

suri berkata...

moga amalan murni saling mmbantu akan d senagi oleh smu gologan tnpa mengira warna kulit..keturunan dan bangsa :)

sAzUwI berkata...

@decrewz: byk kegunaan stokin kat negara yg sejuk.. haah adik dgn kengkawan dier yg mengelola.. juz tukang promot jer..

@suri: terima kasih suri.. kiter tlg mereka.. time kiter susah, mereka kan tlg kiter..

Zik berkata...

nak bagi stoking apa pun boleh ek...

sAzUwI berkata...

@Zik: boleh bro.. dari kanak2 hingga dewasa..

Syafrizal berkata...

satu idea yang bernas dalam membantu rakyat jepun yang kesusahan

sAzUwI berkata...

@syafrizal: benar tue bro.. idea nie lebih mudah ..

Catat Ulasan

Komen anda sangat bermakna. Elakkan komen menggunakan Anonymous. Anda bebas memberi komen walaupun dengan nama samaran. Terima Kasih.

Copyright © 2010 Anjung Sazuwi | Free Blogger Templates by Splashy Templates | Layout by Atomic Website Templates