Tatu PDRM Di Stadium Merdeka

24 April 2011

Tatu PDRM 2011.
Rugi tersangatlah rugi. Pengumuman di wall facebook page PDRM betul-betul telah mengecewakan aku. Bukannyer kes saman atau rompakan yang diumumkan. Perkara yang telah diumumkan adalah berkaitan dengan program Tatu Polis Diraja Malaysia yang akan diadakan pada 29 hingga 30 April ini di Stadium Merdeka.

Tidak dapat hadir
Kebetulan pada tarikh tersebut aku perlu berkahwin menghadiri majlis perkahwinan sepupu di Johor. Kalau berdekatan dengan kawasan Lembah Klang boleh jugak aku lari jap ke Stadium Merdeka. Apakan daya, mungkin bukan rezeki aku. Aku hanya dapat hadir Pameran Terbuka Tentera Darat sudah cukup mengisi kalendar tahun nie.

Menggamit memori
Kali terakhir aku menonton tatu ini adalah hampir 2 dekad yang lepas. Masih kecil lagi dan di bawa menonton oleh emak. Ketika itu, ayah aku terlibat sama membuat persembahan Kawad Patung. Mungkin yang pernah menonton mesti tahu apa itu kawad patung. Kawad patung mempamerkan pergerakan seragam yang dilakukan dalam cara yang agak menggelikan hati. Selain itu, persembahan yang diberikan oleh semua pasukan polis yang ada memang amat menarik. Dari lagak ngeri hinggalah kepada tambor cukup mengasyikkan. Itulah kali terakhir dan kali pertama aku menonton persembahan tatu oleh PDRM ini. Dulu ader salinan VHS kat rumah, sekarang entah maner lar pergi.

Tatu PDRM 2011
Tatu ini akan diadakan pada 29 April dan juga 30 April 2011. Pada 29 April hanyalah persembahan yang akan diadakan untuk para VVIP dan juga anggota PDRM, manakala untuk orang ramai adalah pada 30 April 2011. Banyak persembahan yang akan diadakan seperti aksi istimewa Komando 69 dan juga Unit Tindakan Khas. Selain itu juga korang boleh menonton Pertunjukan Akrobatik Bermotosikal, aksi dari Unit K9, JSJ, Unit Berkuda, Kawad Patung, Kawad Tanpa Perintah, Pancaragam, Badan Seni Budaya, Persembahan Lampu Laser dan pelbagai lagi. Hmm. Memang menarik.

Berdasarkan pengalaman aku, setiap persembahan adalah tidak menghampakan. Moga-moga cuaca pada hari tersebut baik sekaligus memberikan suasana menonton yang selesa.

Jom pergi
Aku akan cuber gak kejar masa untuk pergi ke Stadium Merdeka. Kalau sempat dapat lah pergi. Kalau tak, harap-harap lain masa dapatlah pergi. Hehe.

Tatu PDRM Di Stadium Merdeka

Tarikh: 29 April 2011 (Untuk VVIP sahaja) dan 30 April 2011 (Orang ramai)
Masa: 8.00 Malam
Tempat: Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

ps: tatu nie persembahan yek.. bukan tatoo yg conteng kat kulit tue..

Anda dijemput untuk melayari laman-laman di bawah. Laman-laman ini merupakan pautan dari laman perkongsian artikel Apesal.com. Semoga dapat menambahkan pembacaan anda.

7 ulasan:

Solahuddeen berkata...

aku perlu ber.... aih. bos. sabar ye. kasi abs final exam dulu. pastu jangan lupe send aku kad jemputan okkayyyyy


wah. ni kalau aku pegi ni sempat gak neh.

Aanis Alexis berkata...

waaahhh..... menarik!

pesta buku x terpegi, ni kan plak tatu pdrm. haih!


p/s: Patutnye xbley buat time2 studenst tgh exam.. hahaa~

sAzUwI berkata...

@Solahuddeen: hehe.. ko jangan chai.. kang aku buat tol2 ko gak yg menyesal..hehe..

@Aanis: nnti aku pesan ar kat diorg... soh wat luar waktu exam.. =p

akubiomed berkata...

Hmm..kali terakhir menonton TATU ketika kecil di Stadium Merdeka. Lama dah..

sAzUwI berkata...

@akubiomed: samer lar gitu.. agak lamer gak tue..

donny berkata...

sudah lepas rupanya

sAzUwI berkata...

@donny: sudah lepas lar donny.. =)

Catat Ulasan

Komen anda sangat bermakna. Elakkan komen menggunakan Anonymous. Anda bebas memberi komen walaupun dengan nama samaran. Terima Kasih.

Copyright © 2010 Anjung Sazuwi | Free Blogger Templates by Splashy Templates | Layout by Atomic Website Templates