Ketahui Indeks Pencemaran Udara Terkini

12 Mei 2011

Pandangan Kuala Lumpur dari Menara Kuala Lumpur. Sumber Utusan Online.
Salam buat semua pembaca. Sejak beberapa hari ini, mesti korang perasan yang suhu sekitar negara berada pada tahap yang agak tinggi. Suhu yang agak tinggi tanpa hujan ini menghasilkan suasana tidak selesa dikalangan penduduk. Aku pun terkena tempias gak. Biler masuk jer tengahari, bahang terasa macam duduk sebelah unggun api. Tapi jauh sket lar. Hehe. Baper liter aku minum air, tak hilang-hilang gak dahaga.

Taufan Aera
Dimaklumkan bahawa, fenomena ini disebabkan oleh taufan Aere yang sedang melanda utara Filipina. Dikatakan tuafan ini telah meniup anign dari barat daya dan seterusnya mengurangkan kelembapan udara. Kalau dah kurang lembap maknanya penghasilan hujan pun kurang, sekaligus membuatkan rasa panas. Panas tanpa hujan telah menghasilkan satu masalah baru iaitu jelebu jerebu.

Jerebu
Sejak semalam dah mula nampak semakin serius tahap jerebu sekitar negara. Kat depan rumah aku berbukit-bukit tiba-tiba hilang plak pagi nie. Semalam nampak lagi. Jerebu dah makin serius. Kalau tak hujan atau angin, mungkin tahap ini akan berubah kepada lebih tinggi pada esoknya.

Dapatkan maklumat terkini
Korang boleh dapatkan maklumat terkini mengenai tahap Indeks Pencemaran Udara(IPU) di tempat-tempat utama seluruh negara. Tak payah tunggu makluman dari pihak media, korang dah boleh tahu tahap keseriusan jerebu kat tempat korang. Boleh lar buat langkah berjaga-jaga. Korang boleh layari laman web Jabatan Alam Sekitar untuk tujuan ini. Kat saner akan dikemaskinikan tahap udara dalam tempoh selang beberapa jam dalam sehari. Memang menarik.

Maklumat IPU yang dipamerkan pada peta.

Tahap-tahap IPU
Kalau tahu pun tak guner IPU nie kalau kiter tak pasti kategori status yang tepat. Dari gambar yang diatas berdasarkan warna, oren merupakan tahap sederhana dan jingga merupakan tahap tidak sihat. Untuk rujukan boleh rujuk jadual dibawah.

Kategori IPU.
Pesanan
Untuk keadaan sebegini pasti memberi risiko kepada manusia. Jadik dinasihatkan kurang aktiviti luar dan juga pembakaran terbuka. Cuaca yang panas memerlukan kita minum air yang banyak. Contoh macam pelatih PULAPOL hari nie pun dah ader kawad minum air. Hehe. Aku ingat nak pergi PD hari nie, tapi aper lar yg best kalau dapat tgk laut takat tepi pantai jer. Jangan luper jumper doktor kalau ader masalah kesihatan.

Layari laman web Jabatan Alam Sekitar:
http://www.doe.gov.my

ps: alhamdulillah.. bunyi guruh secara tiba-tiba.. menandakan hujan kot..

Anda dijemput untuk melayari laman-laman di bawah. Laman-laman ini merupakan pautan dari laman perkongsian artikel Apesal.com. Semoga dapat menambahkan pembacaan anda.

5 ulasan:

myfitri [dot] com berkata...

Alhamdulillah semalam ujan..so hari ni dah kurang sikit da jerebu..

akubiomed berkata...

Macam saya tempat kerja tentu bermasalah berbanding yang membawa kereta. Harapkan ada hujan yang turun dapat meredakan keadaan Jerubu

sAzUwI berkata...

@myfitri [dot] com: samer ar bro kat sini pun hujan.. biler hujan lega sket jerebu tue..

@akubiomed: kalau naik motor lebih baik pakai penutup mulut.. banyak habuk dalam jerebu..

Zik berkata...

Sini kat kg hujan dah turun,2,3 hari.. syukurlah

sAzUwI berkata...

@zik: bagus lah gitue.. sejuk skit suasana..

Catat Ulasan

Komen anda sangat bermakna. Elakkan komen menggunakan Anonymous. Anda bebas memberi komen walaupun dengan nama samaran. Terima Kasih.

Copyright © 2010 Anjung Sazuwi | Free Blogger Templates by Splashy Templates | Layout by Atomic Website Templates