![]() |
| CIMB Bank. |
Salam sejahtera kepada semua pembaca Anjung Sazuwi. Nampaknyer rasa marah dan tidak puas hati aku tidak dapat dibendung lagi. Kebiasaan bila aku tidak puas hati untuk sesuatu perkara, aku akan simpan dan elak diperbesarkan sebab kadang-kadang perasaan boleh membinasakan diri sendiri. Biar jer lar, lama-lama akan hilang sendiri.
Tetapi disebabkan masalah ini mendatangkan kesusahan kepada aku pada tahap maksima maka aku perlu luahkan bagi kepentingan umum dan juga sebagai langkah berjaga-jaga pihak bank untuk memperbaiki perkhidmatan mereka. Jadik, terus kepada topik utama.
Kes Mesin Deposit
Kejadian ini berlaku pada hari Selasa (3/5/11) yang lepas. Ayah aku telah membuat proses deposit sejumlah wang bernilai RM400 ke dalam akaun CIMB aku dalam jam 8 malam cam tue dengan menggunakan mesin deposit tunai CIMB atau biasa dipanggil cash deposit machine. Wang tersebut akan digunakan untuk menyelesaikan bayaran semester pendek yang akan bakal aku jalani pada minggu hadapan. Dah masuk nombor akaun dengan duit secara tiba-tiba pulak mesin tergendala.
Aku pelik gak dalam pukul 8 malam dapat panggilan dari abah suruh check akaun. Aku check guna CIMB Clicks dan tiada perubahan pada jumlah simpanan aku. Membawa makna duit yang dimasukkan tidak sempurna prosesnya atau dalam kata lain kener telan gitue jer. Sakit kepala jugak aku time tue, sebab tempoh bayaran yuran perlu diselesaikan sebelum Isnin (9/5/11).
Komplen di Cawangan CIMB Seremban
Aku tidak dapat mengikut abah untuk turut serta membuat report pasal nie. Masa tue sedang sibuk menghadapi peperiksaan. Rabu pagi laporan mengenai masalah ini telah dibuat ke cawangan tersebut dan staff yang bertugas cakap duit akan dapat balik dalam hari Jumaat. Masa aku dapat tahu pasal nie, terus tepuk kepala aku. Kalau hari Jumaat macam mana nak settlekan yuran. Aku amat berharap pada hari Jumaat duit dah dimasukkan ke dalam akaun sebelum bank tutup dan aku terus membuat bayaran yuran.
Hari Jumaat, ayah aku pergi lagi ke cawangan tersebut, dan staff tersebut cakap dalam pukul 7 malam baru masuk duit. Pukul 7 malam dah cukup buat aku sakit kepala. Masa tue bank dah tutup. Sabtu dan Ahad mana buka bank. Aku ingat nak buat bayaran secara manual sebab takut perkara macam nie jadik lagi. Buat pengetahuan korang, aku menggunakan Bank Islam untuk membuat pembayaran yuran. Bank Islam tak bukak pada Sabtu dan Ahad di Seremban.
Pukul 7 malam nya aku membuat semakan, masih tiada perubahan nilai dalam akaun. Juga setiap sejam aku pasti membuat semakan di CIMB Clicks. Masih tiada lagi perubahan pada hari Sabtu dan hari Ahad. Aku tahu Sabtu dan Ahad merupakan cuti umum. Tapi untuk kes macam nie patut ada team 24/7 yang uruskan.
Hari Isnin
Abah pergi lagi ker CIMB Cawangan untuk tanya status. Dalam pukul 10 pagi aku check akaun, masih lagi tak der perubahan. Aku sms abah, dan masa tue abah dah ada kat bank sedang menunggu. Kesian lak tiba-tiba aku rasa. Tak pasal-pasal menunggu lama sebab nak tolong aku settlekan perkara nie. Dah setengah jam menunggu, staf yang cakap nak buat panggilan ke KL tadi masih tak respon. Last-last ayah aku pergi kaunter tanya balik. Baru ar diorang cakap suruh tunggu lagi sehingga petang. Tunggu lagi? Abah siap tekankan lagi yang duit nie aku nak pakai untuk bayar yuran dan hari ini adalah hari terakhir.
Dalam jam 12 tengahari, aku cuba buat semakan sekali lagi, alhamdulillah, duit telah dimasukkan. Apa lagi, aku terus bergegas buat apa yang patut sehingga proses bayaran selesai. Dalam keadaan panas terik lagi. Huh.
Aku mengalami kesusahan
Jika diikutkan pihak bank perlu bertanggungjawab untuk perkara sebegini. Aku menggunakan perkhidmatan mereka sebagai pelanggan. Beberapa bulan yang lepas aku buka akaun CIMB nie sebab aku dengar perkhidmatan yang baik dari bank ini. Tetapi sebaliknya. Mungkin kes aku satu dalam seribu untuk jadik perkara sebegini. Walaubagaimanapun aku tetap pelanggan mereka.
Pening kepala gak aku nak kumpul duit untuk membuat pembayaran yuran ini. Sampai terpaksa minta bantuan abah sponsor yuran nie bagi meneruskan hasrat aku menjalani semester pendek. Jangka masa yang pendek(seminggu) untuk menyesaikan pembayaran membuatkan aku dalam keadaan tertekan. Ingat dah dapat duit pada hari Selasa, hari Rabu bolehlah aku selesaikan semuanya. Boleh jadik gini pulak. Aku dah rancang baik-baik, ader pulak pihak lain yang membuat spoil.
Perhatian pihak CIMB
Aku harapkan anda lebih alert dengan situasi seperti ini. Penjelasan staf bertugas kurang jelas mengenai bagaimana kes ini dijalankan. Mula-mula cakap hari Jumaat, datang balik tanya pada hari Jumaat, diorang cakap pukul 7 malam, last-last apa pun tak der. Hari Isnin nak kena datang tanya baru nak proceed.
Aku dapat informasi nak selesaikan perkara ini memerlukan 4 hari bekerja untuk diselesaikan. Tak rasa lamer ker? Contoh kalau duit tersebut diperlukan untuk perbelanjaan perubatan. Antara hidup dan mati, jika duit tue tersangkut, dan proses rawatan tak dapat dijalankan. Tak ker naya? Mesin deposit tue mesin korang. Kaji balik modus operandi korang. Aku tak der background banking, so jangan cakap pasal banking sistem ngan aku.
Perhatian pelanggan
Aku tak nafikan untuk kes sebegini, mungkin lagi ramai yang terkena tak kisah lar dengan mana-mana bank. Aku pernah menghadapi perkara yang sama, tetapi dengan bank yang lain, dan juga jumlah wang yang kecil dan situasi agak tidak terdesak.
Teknologi yang ada bukan lah 100% sempurna dan juga sokongan kepada teknologi ini bukanlah sempurna juga. Tengok aper jadik ngan aku. 4 hari baru dapat balik duit, itupun kasik push. Mesin pun ader masalah gak. Cumer korang perlu berjaga-jaga biler berurusan dengan mesin. Kalau gini jadik nyer memang sakit kalau dalam keadaan terdesak.
Kesimpulan
Aku mengharapkan masalah ini takkan terjadi apabila menggunakan perkhidmatan yang sama di kemudian hari. Kalau jadik lagi aku tak tahu lah. Mungkin terpaksa tukar bank lain kot. Yang terbaik memberi perkhidmatan mestilah menjadi pilihan. Betol tak? Dan kalau jadik lagi mungkin saluran aduan lain aku akan gunakan.
ps: mesti korang cakap naper tak dahulukan duit yang lain jer? jawapan senang jer, duit tue aku yang punyer, takkan nak mintak lagi..
pss: dah macam cerpen plak aku bacer..heh
ps: mesti korang cakap naper tak dahulukan duit yang lain jer? jawapan senang jer, duit tue aku yang punyer, takkan nak mintak lagi..
pss: dah macam cerpen plak aku bacer..heh




8 ulasan:
hal2 mcm ni kite x jangka b'laku & x dpt nk elak.
tp dlm kes ko ni, ia b'kaitan dgn ketidak'efficient'an & ketidak'effective'an service... kalo aq ditmpt ko, serabut wayar dlm kepala....
p/s: pndai x aq menambahkan imbuhan pd word english? sedey cikgu BM aq kalo die tao!
mesin tu bukan semua tempat elok.
ikut kawasan juga.tempat aku pula
Bank Islam rosak.bukan sekali.dah
selalu dah.
Belum pernah kena lagi, tapi kalo kena, Jai nak komplen jugak la dalam blog, pastu forward kat CIMB.. Konfirm traffik meletup..ha3
@Aanis: serabut mmg serabut.. lgi serabut cikgu ko biler bacer komen nie.. hehe.
@Ali ridha: kener report tue.. takut kalau ader org lak yg kener.. hehe
pakai windows xp memang macam tu..haha
tu la kalau aku dalam situasi ko, konfirm maki laknat jugak la
dah habis semua spoil sebab machine cabut tu je.hehe
@decrewz: wajib buat komplen sebagai pengguna.. biar tak senang duduk marketing diorg..hehe
@syahrilhafiz: dah tak tau nak maki camner entah..hehe..
dulu pernah juga terjadi tapi bank lainlah maybank... lama jgak dia nak refund dalam 2 minggu jugakla... tapi tak urgert lah....
@zik: wah.. lagi lamer yerk zik? ish3.. bahaya gak nasib baik tak urgent..
Catat Ulasan
Komen anda sangat bermakna. Elakkan komen menggunakan Anonymous. Anda bebas memberi komen walaupun dengan nama samaran. Terima Kasih.