![]() |
| Partner dier dah arwah. |
Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca Anjung Sazuwi. Tak kira mereka yang hanya tumpang lalu, blogwalking, atau sebagainya kerana kehadiran korang kat blog ini merupakan satu penghargaan. Terlebih dahulu mohon kepada semua sebab blog ini berada dalam keadaan kurang atau hampir tidak aktif sejak beberapa bulan sebelum ini. Masa memang ada untuk melayari internet, tetapi kekangan seharian menyebabkan mood lari jauh dari niat untuk menulis. Mujur wujudnya Wordless Wednesday. Sesekali menyempatkan aku untuk mengemaskini blog.
Semester pendek tamat
Baru-baru ini aku telah menjalani semester pendek yang bagi yang pernah melaluinya mesti tahu akan jadual yang padat dan memerlukan fokus yang lebih. Disebabkan cuti yang panjang, aku memilih untuk membuat semester pendek bagi menjamin masa depan aku. Ceh. Jamin lar sangat. Aku berdoa, harap lulus kesemua subjek yang aku ambil. Alhamdulillah, semester pendek telah pun tamat seminggu yang lepas, sekaligus memberi isyarat cuti panjang juga bermula.
Kemalangan kecil
Hari Jumaat yang lepas bersamaan 24 Jun aku telah selamat sampai ke kampung(bandar sebenarnyer). Hari Sabtu dalam kepala aku mula rancak memikirkan rancangan masa cuti yang perlu dipenuhkan sebelum puasa tiba disamping menyemak list-to-do di google docs. Petangnya aku merancang untuk ke Port Dickson bersama keluarga dan juga sepupu aku bagi tujuan meraikan sambutan hari jadi adik bongsu aku secara outdoor. Malangnya aktiviti ini terpaksa dibuat di rumah jugak pada petangnya.
Tengahari aku diminta untuk ke kedai untuk membeli beberapa bahan tambahan untuk makanan yang akan dibawa ke Port Dickson. Dengan gembiranya aku segera menghidupkan motor dan terus ke lokasi. Setelah selesai, maka pulanglah aku ke rumah. Ape pasal ayat aku camnie ar?
Dalam perjalanan ke rumah, kelajuan yang biasa, banyak kereta parking tepi jalan, macam hari-hari biasa aku menyusuri untuk terus ke rumah. Tiba-tiba dalam keadaan yang terlalu pantas, aku dah terbaring di atas jalan. Orang ramai mula berkerumun. Aku masa tue tak kisah pasal diri aku, yg penting motor aku kener sihat. Hehe.
Dalam masa yang sama juga, ada seorang budak tiba-tiba mintak maaf kat aku. Tak habis-habis mention yang dia tak sengaja. Baru aku tahu, antara kereta-kereta yang parking kat tepi jalan tue ada orang kat dalam dan orang tue bukak pintu tanpa tengok laluan. Dan aku adalah mangsa yang telah melanggar pintu tersebut. Pintu kereta tak der paper. Sebab hanya handle motor dan sisi pintu jer yang terkena ditambah dengan kelajuan yang perlahan.
Luka
Nak dikatakan aku cedera ringan jer. Tapi luka banyak kat tangan dan kaki. Tak der luka serius. Masih boleh berjalan. Tetapi kaki kiri terasa sakit hingga ke hari nie, salah urat agaknya. Tiga hari gak aku jalan berdengkut-dengkut. Aku saspek motor hempap kaki aku masa tue. Makan tuan jugak motor nie. Setelah seminggu berlalu luka dah semakin sembuh. Untuk pengetahuan korang kos pergi klinik bapak budak tue yang cover. Lepas jer aku jatuh aku terus dibawa ke klinik.
Ganti-rugi
Masa aku dihantar balik ke rumah, sempat bapak budak tue bagi aku nombor telefon dier, dan cakap kalau nak repair call dier. Hari khamis ari tue aku dah repair. Rosak ketara kat side mirror jer. Kalau ikutkan nak jer tukar coverset sumer, tapi kener tempah dlu. Habis-habis semua RM20.00. Aku call petang tue untuk claim. Dan dier cakap nak bagi hari Jumaat, tapi sampai hari nie(Sabtu) dier tak bagi lagi. Aku pun malas nak call sangat, duit-duit nie aku malas tol nak deal. Esok kalau tak der hari Isnin aku pegi rumah dier.
Malang memang tak berbau
Memang tak berbau pun. Aku punyer berhati-hati bawak motor, orang lain gak yang tak nak berhati-hati. Masa cuti aku dihabiskan untuk menyembuhkan luka. Banyak perkara yang tertangguh. Marah memang ada. Nasib baik yang buat tue budak-budak, kalau orang tua memang tak dapat nak consider lagi. Kat situ gak aku basuh. Syukur masa tue dah tak der komitmen kritikal.
Pesanan
Kalau korang merupakan penunggang motorsikal, bila berada dikawasan sempit dan kereta banyak kiri-kanan, sila berhati-hati. Walau dalam keadaan perlahan, risiko tetap ada. Ok ar. Selamat buat semua. Lepas nie aku akan cube aktifkan balik blog nie. Teruskan membaca.




14 ulasan:
kalo aq ditempat ko, msti aq dh nanges2...
luka di tangan, boleh sembuh. Tapi luka dihati, x siapa peduli.... heeeee~
semoga cpt sembuh kedua2 luka tuh!
pehh boss. siap tak sedor tu dah eksiden. nasib baik selamat.
@Aanis: luka dah sembuh.. salah urat jer nak kener betulkan.. =)
@Acai: tak sedar sbb keadaan berlaku terlalu pantas.. kirer aku bypass pintu keter tue.. time tue tue gak pintu tue terbukak..
nampaknya situasi kita sama la bro.. Aku dok KL, time kerja balik naik motor masuk celah2 kenderaan. tengah speeding tiba2 ada pulak lori boleh buka pintu belah driver.. Apalagi, thum la skali..ha3. Aku siap maki hamun, lantaklah org ramai tgk aku peduli apa sebab dah memang salah dia tiba2 buka pintu. Tapi kesian pulak aku tgk muka dia..haish.. Dalam hati ada taman..kah3
alhamdulillah takde kecederaan serius. kaki skang ni terhenjut2 lagi ke? elok kalau pergi berurut. kadang2 kita tak perasan yg sakit tu maybe tulang atau apa2 yg berkaitan. biasanya lepas beberapa tahun baru ada efek serius. kalau jatuh atau rebah, better check dgn tukang urut. doktor cuma tau check patah je, itupun kalau x-ray. harap2 takde pape :)
Salam bos.. sekarang dah bertambah sihat ke tidak?
Patut la tengok lama tak berupdate anjung ni.. ko excident rupanyer.. Semoga cepat sembuh der, take care.
sekarang macam mana?? dah ok ?? bulan 4 kalau tak silap ada kereta langgar dari belakang, terkena pedal kaki... bengkok, dah kena bakar kasi tegak balik dan break pun ada sikit rosak,... tetapi tiada kemalangan jiwa dilaporkan... \
@jai: terbaik ar bro.. tapi mmg tak patut tiber2 terbukak pintu.. at least tgk belakang dlu. dah clear baru lar bukak.. hmm
@Amirez: itu lar.. kaki dah ok sket.. minggu depan kot baru bawak berurut.. takut gak kalau ader paper ker.. tq 4 the advise..
@Iqbal: sumer ok.. dah 95% cure nie.. nak bawak berurut jer. hehe tq2..
@Zik: perh.. agak bahaya gak tue zik, siap bengkok lagi.. bahaya gak tue.. sebab motor kalau kener langgar walaupun sikit boleh bawak ketidakseimbangan..
carik keje bro boley tambah fulus..ehehe
Malang tidak berbau boleh berlaku. Kita berhati-hati orang lain pula cuai. Harap bro tidak serius
@myfitri: tak larat nak kejer.. time for holiday.. hehe
@akubiomed: skang dah sihat walafiat.. alhamdulillah =)
datang melawat, dh lama x dtg...
btw mmg ar, bwk slow2 pn leh accident..peringatan utk aku jgk tu, kdg2 org bwk kete ni men cilok je..xde signal ke ape..hoho
@ekmal: mmg betol.. yg bwk keter nie kdg2 tak alert ngan motor..
Catat Ulasan
Komen anda sangat bermakna. Elakkan komen menggunakan Anonymous. Anda bebas memberi komen walaupun dengan nama samaran. Terima Kasih.