Salam Aidilfitri Dan Salam Kemerdekaan

02 September 2011

Jemput makan.

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca Anjung Sazuwi. Hampir 2 bulan aku tak mengemaskini blog. Ingat cuti boleh ar update kat sini. Tapi disebabkan kekangan lain mengakibatkan masa dan mood lari jauh. Siap berjanji lagi dalam post yg lepas cakap nak cuber update. Cumer sekadar kesinambungan kepada artikel bertajuk Malang Memang Tidak Berbau. Orang yang bertanggungjawab tersebut masih tidak menjelaskan bayaran kos bagi membaiki motor aku yg telah cedera. Aku pun malas nak pegi mintak, bukan cara aku nak mintak-mintak nie.

Salam Aidilfitri Dan Salam Kemerdekaan

Tak lah terlambat mana jika diucapkan pada hari raya yang keempat ini. Aku nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfiti dan juga Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan kepada seluruh rakyat Malaysia terutama sekali pembaca Anjung Sazuwi, yg aku rasa dah kurang pembaca tetap, cumer mereka yg datang dari carian google, yahoo dll. Kelihatan merdeka tahun nie agak tenggelam sebab ia disambut dengan Hari Raya puasa. Nak buat camner. Takkan nak tukar tarikh kot.

Aku juga nak mintak maaf kepada semua pembaca blog ini jika ada mana-mana artikel memberikan fakta yang tidak tepat, menimbulkan masalah kepada pihak lain, membawa fitnah, dan apa-apa perkara yang membawa kesan negatif. Aku juga adalah insan biasa yang tidak terlepas membuat dosa. Menulis di blog ini juga adalah bukan kerana dasar keuntungan malah ia sekadar suka-suka. Aku juga nak minta maaf sebab beberapa kali menjanjikan untuk meaktifkan balik blog ini, tapi akhirnya senyap macam tue jer.

Berhenti menulis

Aku telah pun membuat keputusan, aku takkan berhenti menulis sebab kat sini lah aku berkongsi suka duka aku dengan sesiapa sahaja. Tak kisah lar proses perkongsian menjadi atau tidak, asalkan aku dapat menulis. Tetapi, sekali lagi aku tak janji blog ini akan sentiasa dikemaskini, bermakna aku akan menulis mengikut keadaan, keizinan masa dan mood. Kalau korang perasan ranking Alexa tempatan, dari 4000 lebih kini telah naik mendadak sehingga ke 10000 lebih. Sebenarnyer tak kisah sangat kerana pada asalnya ia sekadar eksperimen secara suka-suka.

Setakat sini sahaja artikel ini. Ader kejer lain lagi nak kener selesaikan sebelum sambung belajar semula. Mungkin dalam tempoh ini juga blog ini tidak akan dikemaskini. Assalammualaikum...

ps: berpeluang menjadi artis selama 30 saat....

Anda dijemput untuk melayari laman-laman di bawah. Laman-laman ini merupakan pautan dari laman perkongsian artikel Apesal.com. Semoga dapat menambahkan pembacaan anda.

9 ulasan:

Aanis Alexis berkata...

"ps: berpeluang menjadi artis selama 30 saat...."

aq tgk prgrm tuh. sis aq nyanyi dgn IK3.. aq sgt3 jelez ok! ~ smpai arini aq stress! argghhhhh~

Aanis Alexis berkata...

p/s: kerepek bawang tuh kemain lg kaler die....

sAzUwI berkata...

@Aanis: hehe.. jgn jeles.. aku setaraf artis skang nie..

aku pun pelik kuih bawang tue.. rasa pun pelik..

Aanis Alexis berkata...

aq xprnh terlepas tgk prgrm raya beliau.... betapa setianya aq pd beliau.... tp ko dh guriskn hati aq... hwwaaaaa~ jeles giler2!!!!!

sAzUwI berkata...

x per2.. aku wakilkan ko gak ke saner.. =p

Aanis Alexis berkata...

awie, xde ke gmbr? share kt aq by emel....

sAzUwI berkata...

gambar x der lar.. klu nk tgk ulang tayang ker leh tgk kat tonton.. =)

Gimi berkata...

selamat hari raya...nmpk sodap kerepk bwg tu..bese jumpa warna coklat je...

ROJAK berkata...

bila nak update ni?

Catat Ulasan

Komen anda sangat bermakna. Elakkan komen menggunakan Anonymous. Anda bebas memberi komen walaupun dengan nama samaran. Terima Kasih.

Copyright © 2010 Anjung Sazuwi | Free Blogger Templates by Splashy Templates | Layout by Atomic Website Templates