![]() |
| Amacam? Hensem? Hehe. |
Ditulis pada 21 April 2011
Biografi
Ketika page ini ditulis, umur aku berada sangat hampir dengan suku abad. Walaupun masih berada dalam kategori remaja, aku lebih suka dimasukkan dalam senarai mereka yang dewasa. Hehe. Masih lagi menuntut ilmu di universiti tempatan dalam bidang kejuruteraan dan pada masa yang sama sedang membangunkan perniagaan online dan offline bersama para sahabat. Amat minat dalam dunia perkomputeran termasuk internet, tetapi ia sekadar kemahiran sampingan.
Aku dan komputer
Mula menyentuh komputer pada tahun 1999. Ketika itu sekolah rendah, set komputer umpama mesin mewah diletakkan dalam perpustakaan. Nak pergi dekat pun tak berani. Siap ditutup dengan plastik lutsinar. Komputer aku cuba sebab nak try software soalan UPSR. Setelah bertahun-tahun sejak darjah 4 merayu kat abah, akhirnya dapat gak set PC secondhand yang dibeli oleh abah. Keluarga aku masa tue tak begitu mampu. Dengan yuran sebanyak RM20 sebulan, aku belajar menggunakan MS Word dan MS Excel ketika sekolah menengah. Excited nak pegang komputer. Sempat belajar HTML dan Visual Basic.
Aku dan internet
Internet telah mula digunakan sejak tahun 2000. Penggunaan dial-up yang melampau telah membuatkan bil telefon melambung tinggi. Kegilaan terhadap MiRC juga terkena kepada aku. Download jangan harap lar. Slow tak agak. Untung budak-budak zaman sekarang. Sempat belajar deface website, tapi tak habis menuntut sebab masuk ke asrama. Niat jahat memang tak kesampaian. Hehe. Pernah menghasilkan laman tidak rasmi untuk sekolah dan lain-lain lagi. Tapi gagal diteruskan sebab tak der maser nak uruskan.
Mula menulis blog
Mula menulis 5 tahun yang lepas. Pada tahun 2006. Ketika itu zaman kegilaan mengaplikasikan html dalam pembinaan laman web. Jadik aku develop sebuah platform blog persendirian, template mirip blogger pada masa itu. Klik sini untuk melayari laman tersebut. Apa yang korang lihat hanya rangka lama kerana imej dihostkan di geocities yang dah tutup tahun lepas.
Aku telah mula menulis blog dan membaca blog sebelum blog menjadi fenomena di negara ini. Disebabkan menjadi fenomena, blog yang lama ini, aku transfer ke blogspot. Lebih terjamin dan boleh customize mudah. Masa tue tak berapa expert lagi dengan CMS. Sejak beberapa tahun lepas, ada tergerak nak punya host dan domain sendiri, tapi biarlah dulu. Akan datang. Hehe.
Boleh menghubungi aku melalui:
Emel: sazuwi[at]gmail.com
Twitter: http://twitter.com/#!/sazuwi
PM di FB: https://www.facebook.com/syazwi



